• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kelantan Ditipu Ketika Lepas Pemain Kepada JDT

oleh
07/07/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Drama perpindahan pemain asing The Red Warriors (TRW) nampak makin panas apabila penaja utama skuad utama, Tan Sri Annuar Musa mendakwa dirinya ditipu pihak tertentu.

Malah menurut laporan sebuah akhbar tempatan, beliau berasa menyesal apabila bertindak melepaskan penyerang berbisa Mohammad Ghaddar kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika proses perpindahan pemain pada Jun lalu.

Annuar mendakwa, beliau terpedaya dengan tawaran dikemukakan pihak tertentu yang berkata konon Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) masih lagi boleh mendapatkan pemain baharu sekiranya melepaskan Ghaddar.

Bahkan ujarnya, pihak itu juga mendakwa Kafa konon akan memperoleh bayaran lumayan dan wang tersebut boleh digunakan semula untuk membawa masuk penyerang baharu bagi memperkemaskan jentera pasukan TRW.

“Waktu itu saya langsung tidak tahu bahawa kita (Kafa) sudah tertakluk kepada sekatan untuk mendaftarkan pemain baharu. Jika kita tahu, pihak Kafa tidak akan pindahkan dan pinjamkan pemain kepada pasukan lain.

“Rancangan asal Kafa ialah untuk menggantikan seorang pemain import yang tidak cergas dan berprestasi rendah. Notis penamatan kontrak sudahpun diputuskan pada bulan April lalu,” luah Annuar menerusi Facebook hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Setiausaha Agung Kafa, Datuk Ismail Md. Noor yang berang de­ngan sikap ‘bisu’ Football Limited Liability Partnership (FMLLP) berhubung pendaftaran penyerang baharu iaitu L’Imam Seydi.

Akhbar tempatan turut melaporkan Kafa me­nempelak FMLLP yang ‘senyap’ terhadap isu pendaftaran pemain warga Perancis berketurunan Senegal dan berusia 31 tahun itu ketika pintu perpindahan pemain sekitar Jun lalu.

Seydi sepatutnya didaf­tarkan FMLLP untuk menggantikan Alessandro Celin yang dilaporkan pengurusan Kafa sebagai beraksi hambar di bawah keupayaan sebenar ketika ini selain ditimpa masalah kecederaan berpanjangan.

Dalam pada itu, Annuar memberitahu, apa yang agak menghairankan apabila pendaftaran pemain Eropah berkenaan sudah dibatalkan oleh badan yang menguruskan perjalanan Liga Malaysia (Liga M) tersebut.

Lebih pelik ujar beliau lagi, apabila Kafa mula mengemukakan permohonan untuk membawa masuk Seydi, pihak FMLLP yang dikatakan ‘bisu’ itu secara tiba-tiba pula telah berjaya mendaftarkan semula nama Celin.

“Situasi itu menyebabkan Kafa terpaksa memikul beban apabila perlu membayar gaji Celin dan Seydi. Sudahlah begitu, Kelantan dipaksa pula menggunakan khidmat pemain yang mempunyai prestasi rendah.

“FMLLP perlu mempertimbangkan semula hal ini. Jangan menganiaya Kelantan setelah pihak penaja berhempas pulas cuba membantu Kafa,” tegas Annur dalam nada kesal. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Annuar MusaFMLLPTRW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

Annuar Musa Sindir ‘Rumah Bangsa’, Tapi Tuan Rumah Yang Sama 

09/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang sebab untuk...

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

Pengambilan Tanah Kampung Sungai Baru: Annuar Hantar Notis, Beri 2 Pilihan Kepada Dr Zaliha

10/10/2025
0

KOTA BHARU: Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd