• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petinju Kanada, Thailand Sertai Kejohanan Muay Thai

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Petinju dari Kanada dan Thailand adalah antara 24 peserta bakal beraksi pada Kejohanan Antarabangsa Muay Thai Kuda Merah yang akan berlangsung di Dewan Uthmaniyah Pulau Lima, Sungai Petai, Pasir Puteh pada 14 hingga 16 Julai ini.

Presiden Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan (PSBNK) Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani berkata tiga peserta dari Thailand dan dua peserta Kanada akan menyertai kejohanan tersebut bersama 19 peserta lain daripada kelab negeri ini, Terengganu dan Pahang.

“Peserta-peserta itu akan bertanding dalam 12 regu melibatkan enam regu pada 14 Julai dan enam regu lagi pada 16 Julai bagi merebut tali pinggang yang ditawarkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Kejohanan tersebut menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM30,000.

Mohd Fared berkata kejohanan kali ini turut mendapat kerjasama daripada Kelab Muay Thai Kuda Merah, Persatuan Boksing Pasir Puteh, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Kami dari semasa ke semasa akan menganjurkan kejohanan seumpama ini bagi menarik lebih ramai peserta dari luar negara bagi memberi saingan kepada petinju tempatan,” katanya.

Beliau berkata sejak awal tahun ini, PSBNK telah menganjurkan kejohanan peringkat tempatan dan antarabangsa, sekurang-kurangnya empat kejohanan setiap bulan.

Beliau berkata kejohanan berkenaan juga sebagai platform bagi persatuan itu mempromosi Kelantan sebagai sebuah negeri yang terkenal dengan sukan tersebut di samping mencungkil bakat baharu.

“Kita mahu menjadikan Kelantan sebagai negeri yang terkenal dengan sukan Muay Thai dan mampu melahirkan jaguh di peringkat antarabangsa seperti dilakukan Thailand,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr. Fared Presiden Baharu Persatuan Berbasikal Kelantan

23/11/2016
0

KOTA BHARU - Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani dilantik sebagai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd