Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Pinda Akta Tangani...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan meminda Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak...

Rangka Nuri Tular Adalah...

KUALA LUMPUR - Gambar rangka Helikopter Nuri M23-15 milik Tentera Udara Diraja Malaysia...

Orkid Jadi Tarikan Utama...

KOTA KINABALU - Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi...

Catat Sejarah Hitam Menteri...

KUALA LUMPUR – Malaysia Baru yang sering menjadi kebanggaan kerajaan Pakatan Harapan (PH)...

Dr. Fared Presiden Baharu Persatuan Berbasikal Kelantan

KOTA BHARU – Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Kelantan, Datuk Seri Dr Mohd Fared Abdul Ghani dilantik sebagai presiden baharu Persatuan Berbasikal Negeri Kelantan (PBNK).

Mohd Fared menang tanpa bertanding jawatan tersebut pada mesyuarat agung persatuan itu di sini, semalam.

Beliau menggantikan penyandang jawatan itu Salleh Mohamad yang melepaskan jawatan berkenaan.

Penyandang bagi jawatan Timbalan Presiden PBNK Ahmad Zhaini Mohd Zain turut mengekalkan jawatannya itu tanpa bertanding.


Dalam pada itu, Mohd Fared berkata PBNK merancang mewujudkan lebih banyak persatuan berbasikal peringkat daerah untuk melahirkan ramai pelumba.

“Sehingga kini hanya terdapat lima persatuan peringkat daerah iaitu di Pasir Puteh, Tumpat, Bachok, Kota Bharu dan Pasir Mas,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori