• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarikat Tempatan Digesa Manfaat Industri Kargo Udara

oleh AK-47
06/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Syarikat tempatan perlu bertindak proaktif dalam mengambil peluang dan menyertai ruang kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang ketika ini mencatat pertumbuhan memberangsangkan susulan minat asing yang turut meningkat.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pengasas Alibaba Group, Jack Ma “berada di sini” dan mengambil ruang yang luas di kawasan kargo KLIA, sekali gus bukti jelas kepada usaha Zon Perdagangan Bebas Digital.

Beliau berkata, berlaku kekurangan ruang ketika ini memandangkan banyak syarikat lain juga berminat untuk melabur di negara ini.

“(syarikat tempatan) Jangan hanya tunggu dan lihat, manfaatkan peluang itu dengan segera,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Pusat Pengedaran Komponen Global Kuala Lumpur Renesas Electronics di sini, hari ini.

Katanya, beliau telah memaklumkan Malaysia Airports Holdings Bhd supaya memberi keutamaan kepada syarikat tempatan yang memerlukan ruang di kawasan kargo.

“Kita berada di tahap pencapaian yang sangat positif untuk menjadikan Malaysia sebagai hab logistik ASEAN memandangkan kita tidak pernah menyaksikan banyak minat terhadap (kawasan) kargo KLIA sebelum Jack Ma, dan kini syarikat Jepun, Renesas, manakala banyak syarikat tempatan semakin berkembang di sini,” katanya.

Mengenai pusat pengedaran Renesas Electronics, Liow berkata syarikat dan Tasco Bhd memerlukan tiga tahun untuk menubuhkan pusat berkenaan, dan mengambil 300 staf baharu yang kemudiannya dilatih untuk pengendalian kargo di kemudahan itu.

“Pembukaan pusat tersebut bukan hanya satu pencapaian bagi Tasco malah juga buat industri logistik di Malaysia, memandangkan ia menetapkan piawaian baharu untuk syarikat lain melaksanakan penanda aras,” katanya.

Beliau berkata, Tasco juga merancang untuk meneroka rantaian logistik sejuk bagi industri makanan dan minuman.

“Ia juga merupakan bidang yang perlu kita sokong. Sayur-sayuran dan bunga dari Cameron Highlands dihantar melalui Singapura, bukan KLIA, kerana kita tidak mempunyai sistem rantaian​​ sejuk yang baik di Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lepas Jawatan Presiden Langkah Hormat Pulih MCA

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dinasihat melepaskan jawatan sebagai satu tindakan hormat bagi memulihkan parti...

Jangan Lagi Termakan Racun DAP – Liow

04/05/2018
0

JANGAN LAGI TERMAKAN RACUN DAP - LIOW BENTONG, 4 Mei (Bernama) -- DAP sebuah parti yang hanya datang bersama 'racun'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd