• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Petrol Mungkin Akan Jadi Lebih Liberal

oleh Ahmad Albab
07/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga petrol mungkin akan menjadi lebih liberal lagi pada masa akan datang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin.

Beliau berkata sebuah aplikasi akan dibangunkan bila tiba masanya untuk memberitahu pengguna harga petrol di pam minyak yang berbeza.

“Pada masa ini, banyak stesen minyak telah mula memaparkan harga petrol seliter yang berubah setiap minggu. Itu usaha mereka semua yang patut dipuji pada masa ini,“ kata Hamzah ketika Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidil Fitri kementerian itu di sini hari ini.

Aplikasi yang akan dibangunkan itu bakal membantu syarikat minyak, stesen petrol dan pengguna untuk berinteraksi sesama mereka bagi mencari harga petrol yang berpatutan di negara ini.

Pada masa ini, kerajaan mengumumkan harga petrol dan diesel mingguan setiap Rabu yang berkuatkuasa selepas tengah malam dan mekanisme itu memberikan pengguna menikmati harga jualan bahan api yang lebih stabil berbanding harga bulanan.

Hamzah juga berkata kementerian itu akan mengadakan lagi perbincangan dengan peniaga petrol pada minggu hadapan sebelum memuktamadkan satu mekanisme harga petrol yang baharu. – BERNAMA

Tags: Hamzah ZainuddinHarga Petrol & Diesel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

13/02/2026
0

Hamzah Zainudin Dipecat Serta-Merta Dari BERSATU 

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

Menang Kemaman Petanda Jelas PN Wadah Utama Politik Orang Melayu – Hamzah

03/12/2023
0

PETALING JAYA : Kemenangan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, semalam membuktikan sokongan padu pengundi Melayu sekali...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd