• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: JIT Mahu Pendakwaan Di Belanda

oleh AK-47
07/07/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Negara-negara Pasukan Siasatan Bersama (JIT) bersetuju agar pendakwaan peringkat kebangsaan terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan penerbangan Malaysia Airlines MH17 terhempas hampir tiga tahun lalu, dilakukan di Belanda.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata satu keputusan bersama dicapai oleh Malaysia bersama rakan-akan JIT, Belanda, Belgium, Ukraine dan Australia berhubung pendakwaan sebagai proses berkesan bagi menjamin akauntabilitin yang mematuhi standard tertinggi antarabangsa.

“Ini sejajar dengan komitmen kita yang tidak berganjak untuk mencari kebenaran dan mendapatkan keadilan khususnya untuk keluarga dan orang-orang tersayang daripada penumpang dan kru penerbangan MH17.

“Kami juga sukacita mendapat tahu Perkhidmatan Pendakwaan Awam Belanda akan membuat keputusan yang perlu mengenai pendakwaan dalam masa sewajarnya memandangkan siasatan jenayah masih berjalan,” katanya.

Liow berkata, perbicaraan akan berlangsung dalam kerangka prosiding kehakiman jenayah Belanda.

Katanya, sistem perundangan Belanda menjamin hak yang besar kepada waris untuk memerhati dan menyertai prosiding.

Selain itu Belanda mengekalkan kerangka perundangan bersama dengan banyak negara untuk bantuan perundangan dan ekstradisi, berdasarkan perjanjian multilateral dan bilateral.

Liow berkata, dengan perkembangan ini, Malaysia kini semakin tekad mendapatkan keadilan dan sebagai anggota JIT, Malaysia tetap mahukan mereka yang bertanggungjawab berhadap tragedi itu didakwa.

“Memandangkan situasi geopolitik yang kompleks, adalah penting siasatan jenayah dikendalikan secara bebas.

“Oleh itu, pada tahap ini, adalah terlalu awal untuk membuat spekulasi tentang hasil siasatan itu,” kata Liow.

MH17 ditembak jatuh ketika terbang di ketinggian 30,000 kaki di ruang angkasa bergolak di timur Ukraine dekat sempadan Russia pada 17 Julai, 2014, mengorbankan kesemua 298 penumpang dan kru, termasuk 44 warga Malaysia.

Pada 28 Sept, kumpulan penyiasat antabangsa diketuai oleh Belanda merumuskan bahawa pesawat berkenaan terkena tembakan peluru misil Buk yang dibawa dari Russia ke Ukraine. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lepas Jawatan Presiden Langkah Hormat Pulih MCA

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dinasihat melepaskan jawatan sebagai satu tindakan hormat bagi memulihkan parti...

Jangan Lagi Termakan Racun DAP – Liow

04/05/2018
0

JANGAN LAGI TERMAKAN RACUN DAP - LIOW BENTONG, 4 Mei (Bernama) -- DAP sebuah parti yang hanya datang bersama 'racun'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd