• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kini Kembung Di Kuala Kedah Dijual RM4 Sekilo

oleh Ahmad Albab
05/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KEDAH – Kini harga kembung di Kuala Kedah dijual pada harga RM4 sekilogram berbanding antara RM22 dan RM25 tiga bulan lalu.

Penurunan harga ini dikatakan disebabkan berlaku lambakan ikan kembung.

Tinjauan Bernama di pelantar ikan Seberang Kota mendapati orang ramai berpusu-pusu seawal pukul 9 pagi bagi mendapatkan ikan kembung yang baru didaratkan.

“Petang semalam lambakan menyebabkan saya menjual pada harga RM10 bagi tiga kilogram ikan kembung kerana ikan terlalu banyak dan tidak boleh disimpan lama bagi mengelak ikan daripada menjadi busuk dan lembik,” kata seorang peniaga, Khadijah Mat Shah, 42, yang menambah harga merudum sejak hari raya kedua.

“Setiap nelayan membawa balik tangkapan antara 200 hingga 1,300 kilogram ikan, menyebabkan peniaga tidak sempat menghabiskan ikan mereka dan lelongan ikan akan dibuat,” tambahnya.

Seorang lagi peniaga Mohd Fisol Mat Isa, 48, berkata walaupun berlaku lambakan, beliau dapat menjual 200 kilogram ikan hari ini kerana mendapat permintaan dari pelanggan.

“Ikan banyak pun kita dapat jual. Saya jangkakan tangkapan nelayan akan berterusan berdasarkan keadaan cuaca yang dilaporkan baik untuk beberapa hari lagi,” katanya.

Seorang pembeli Melati Ladun, 34, berkata ikan-ikan yang dijual sini bukan sahaja murah tetapi segar kerana belum disejukbekukan lagi.

“Ikan jenis ini lebih manis kerana ia ditangkap menggunakan pukat tali tangsi dan tidak dimasukan ais atau dibekukan lagi. Jadi orang ramai boleh datang membeli sebanyak mana pun yang mereka mahu kerana stoknya terlalu banyak,” katanya.

Hamid Desa, 56, berkata ikan kembung yang murah mampu meringankan beban rakyat yang dihimpit kenaikan kos sara hidup.

“Ikan kembung adalah ikan rakyat dan apabila ia murah, ia sedikit sebanyak membantu meringankan beban rakyat yang dihimpit kenaikan kos sara hidup.

“Saya harap ikan murah akan berterusan sampai bila-bila,” katanya. – BERNAMA

Tags: Ikan KembongKedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd