• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raya Berasingan, Rumah Tangga Farid, Diana Goyah?

oleh Ahmad Albab
05/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALKISAH rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle pernah dikatakan goyah tahun lalu apabila Diana dilaporkan ke mahkamah bagi mendapatkan khidmat nasihat tentang hubungan mereka.

Tahun ini sekali lagi isu rumah tangga pasangan selebriti mula hangat diperkatakan apabila mereka didakwa tidak beraya bersama pada sambutan Aidilfitri pada Ahad dua minggu lalu.

Perkara ini mulanya dapat dihidu apabila Farid memuat naik satu posting di akaun Instagramnya pada malam raya seperti beri ‘hint’ bahawa dia tidak beraya bersama dan anak mereka, Muhammad dan Aurora berada dengan Diana.

Farid juga tidak membuat sebarang ucapan kepada Diana seperti yang sering dilakukan oleh pasangan suami isteri yang lain.

“Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin saya mohon daripada semua… terutama kepada Muhammad serta Nur Aurora. Semoga hari raya tahun ini membawa seribu keriangan buat anakanda berdua. 

“Babah di sini mendoakan semoga anakanda berdua sentiasa dilindungi Allah swt dan berada dalam keadaan sihat. I miss both of you Muhammad and Aurora,” tulisnya.

Raya Berasingan, Rumah Tangga Farid, Diana Goyah?

Pada hari raya pertama pula, Diana telah memuat naik gambarnya bersama anak-anak dengan kapsyen agar mereka menyambut raya dengan gembira bersama Farid selepas beraya dengannya.

“Cerita pagi tadi: you + little boy + little girl = apa-apa je lah!

“Ibu #teamrayakl mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kejap nanti giliran Babah #teamrayaKedah pula bersama kamu berdua. Have fun and makan puas-puas. Jangan lupa kumpul duit raya. Ibu know you will be in good hands under Babah’s care, I will miss my babies. So, any more team #rayaKL? Angkat tangan!” tulisnya.

Raya Berasingan, Rumah Tangga Farid, Diana Goyah?

Walapun posting kedua-dua selebriti ini menimbulkan banyak persoalan dalam kalangan peminat mereka, Farid dan Diana masih belum memberikan apa-apa kenyataan rasmi berkaitan perkara ini.

Mereka juga tidak membalas sebarang komen yang ditinggalkan oleh peminat di Instagram mereka yang bertanya tentang isu mereka beraya secara berasingan.

Semoga semuanya baik-baik sahaja. – MYNEWSHUB.CC

Tags: berayaDiana DanielleFarid Kamilrumah tangga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

Suami Bakar Kereta Isteri Kerana Sengketa Rumah Tangga

03/02/2025
0

JOHOR BAHRU: Perselisihan faham dalam rumah tangga, disyaki menjadi punca sebuah kereta Toyota Vios disimbah petrol sebelum dibakar dalam kejadian...

Rundingan Gencatan Senjata Gaza Disambung Di Kaherah

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

07/04/2024
0

BATU PAHAT: Seorang lelaki terpaksa berhari raya dalam penjara selepas gagal membayar ikat jamin RM6,000 dikenakan Mahkamah Sesyen di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd