• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syarat Lulus BM Mampu Gugat Bahasa Kebangsaan

oleh AK-47
04/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu (BM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tujuan lantikan secara kontrak Pegawai Perubatan UD41 di Kementerian Kesihatan mampu mengganggu gugat kedudukan BM sebagai Bahasa Kebangsaan di negara ini.

Pengerusi Biro Pendidikan UMNO, Senator Tan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah berkata BM sebagai Bahasa Kebangsaan telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 161 dan Artikel 152 yang diguna pakai sama ada melalui medium urusan kerajaan atau lain-lain agensi di Malaysia.

Beliau berkata pihaknya memandang serius kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah baru-baru ini, berhubung isu berkenaan.

“Jika Bahasa Melayu ini boleh dipermainkan sekarang, sudah pasti banyak lagi perkara di dalam Perlembagaan Malaysia akan disentuh dan dihapuskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Seharusnya, sebagai pemimpin di peringkat tertinggi kementerian harus meneliti dan mengkaji kesan sesuatu keputusan itu dilaksanakan terutama apabila melibatkan perkara yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata ia bukanlah sesuatu perkara yang boleh diubah sesuka hati kerana kesannya akan berlaku pada 10 atau 20 tahun akan datang.

Katanya walaupun penguasaan Bahasa Inggeris penting bagi menghadapi cabaran pada masa hadapan terutama bagi mencapai Dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50), ia bukanlah alasan untuk golongan doktor perubatan tidak menguasai BM kerana masih ramai rakyat di negara ini yang tidak fasih berbahasa Melayu termasuk anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) dan anggota Parlimen.

Ibrahim Shah berkata penguasaan BM bukan hanya terhad kepada komunikasi tetapi pihaknya yakin jika ilmu sains dan kedoktoran dapat dikuasai dengan baik dalam bahasa kebangsaan, ia akan mampu melahirkan ramai doktor profesional dalam kalangan rakyat Malaysia.

Beliau berkata penguasaan BM sudah pasti menjadi lebih penting kepada mereka yang akan berkhidmat sebagai penjawat awam lebih-lebih lagi golongan perubatan kerana mereka akan menjadi barisan hadapan berkhidmat kepada rakyat.

“Kita mampu melahirkan generasi pengamal perubatan yang lebih mesra kepada rakyat di negara ini terutama penduduk di luar bandar yang kurang fasih dalam penguasaan Bahasa Inggeris.

“Pelaksanaan ‘Bahasa Jiwa Bangsa’ harus terus dipupuk seiring dengan kemajuan teknologi agar rakyat Malaysia terus disegani dan dihormati bukan sahaja dalam negara, malahan disanjungi masyarakat dunia,” katanya.

Beliau berkata pihaknya tidak mahu negara hanya bergantung kepada Bahasa Inggeris dan lebih memalukan jika bahasa rojak diguna pakai dalam komunikasi generasi anak muda akan datang.

Katanya Malaysia telah mempunyai identiti dan acuan tersendiri di dalam kepimpinan di peringkat tertinggi negara, namun tindakan berkenaan mampu merosakkan generasi akan datang selain akan merencatkan perjalanan dan proses pembangunan di negara tercinta ini. – BERNAMA

Tags: Lulus BMTan Sri Prof Dr Ibrahim Shah Abu Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malaysia Hancur Jika Pembangkang Menang PRU14

27/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Malaysia akan hancur dalam tempoh dua tahun sekiranya pembangkang mengambil alih pemerintahan negara selepas pilihan raya umum...

Tarik Balik Longgar Syarat Lulus BM Tindakan Tepat

07/07/2017
0

PADANG TERAP - Keputusan untuk menarik balik kelonggaran syarat kelayakan lulus subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd