• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM150 Libatkan Pendakian Hutan Simpan Kekal

oleh AK-47
04/07/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) ingin memperjelaskan bahawa ia setakat ini tidak mengenakan sebarang bayaran untuk orang ramai memasuki mana-mana kawasan rekreasi Hutan Lipur atau Taman Eko Rimba.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor, Datuk Ayub Rahmat berkata pelaksanaan polisi itu terpakai terhadap lapan Hutan Lipur atau Taman Eko Rimba iaitu Taman Eko Rimba Gunung Arong (Mersing), Taman Eko Rimba Gunung Belumut (Kluang), Taman Eko Rimba Gunung Pulai 2 (Kulai), Taman Eko Rimba Gunung Pulai (Kulai), Taman Eko Rimba Soga Perdana (Batu Pahat), Taman Eko Rimba Panti (Kota Tinggi), Taman Eko Rimba Sg. Bantang (Segamat) dan Taman Eko Rimba Takah Merloh (Segamat).

Langkah ini diambil bagi membantu mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat selain mengurangkan berlakunya masalah berunsur negatif terutama dalam kalangan remaja, katanya.

“Bagaimanapun, bagi aktiviti di kawasan Hutan Lipur/Taman Eko Rimba yang melibatkan pendakian ke gunung berdekatan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK), orang awam perlu mendapatkan Permit Memasuki Hutan Simpan (Borang 6) dan akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 sesuai dengan Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985.

“Kawasan tumpuan terlibat adalah Taman Eko Rimba Gunung Belumut, Kluang-Gunung Belumut, Taman Eko Rimba Gunung Pulai, Kulai-Gunung Pulai dan Taman Eko Rimba Sg Bantang, Segamat-Gung Bekok, ” kata beliau dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kenyataan itu sebagai menjawab isu bayaran masuk ke hutan-hutan lipur dan Taman Eko Rimba yang dibangkitkan Anggota Parlimen Kulai Teo Nie Ching kepada media, baru-baru ini, sekali gus mengelakkan kekeliruan.

Tambah Ayub, tanpa permit yang dikeluarkan, mana-mana individu yang didapati memasuki kawasan itu dianggap menceroboh dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya di bawah subseksyen (1) Enakmen Perhutanan Negara (Pemakaian) 1985. – BERNAMA

Tags: Datuk Ayub Rahmathutan simpan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kekal Hutan Simpan, Kedah Wajar Dapat Pampasan RM100 Juta Setahun

22/11/2021
0

ALOR SETAR : Kedah wajar menerima sekurang-kurangnya RM100 juta setahun sebagai pampasan terhadap komitmen mengekalkan hutan simpan, selain memastikan kelestarian...

Belum Putus Nyah Warta Hutan Simpan Bukit Lagong

04/12/2018
0

SHAH ALAM - Belum ada sebarang keputusan dibuat untuk menyahwartakan sebahagian kawasan Hutan Simpan Bukit Lagong, Gombak bagi membangunkan projek...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd