• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TPM Tetapkan KPI Polis Kelantan Sekat Masuk Dadah

oleh Ahmad Albab
04/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Polis Kelantan diarah meningkatkan usaha membanteras gejala penyeludupan dadah dari negara jiran, terutama dalam aspek siasatan dan pengawasan ‘jalan-jalan tikus’ di sekitar kawasan sempadan negara.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau sendiri telah menetapkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tertentu buat Ketua Polis Kelantan, untuk mengambil tindakan bagi menyekat kemasukan bahan terlarang itu ke dalam negara dengan lebih drastik.

Katanya beliau telah beberapa kali menyuarakan keprihatinannya terhadap masalah berkaitan penyeludupan dadah seperti pil kuda dari negara jiran, yang menurutnya bukan hanya membabitkan Kelantan semata-mata, malah turut merebak ke negeri Pahang dan Terengganu.

Bercakap kepada pemberita di bilik orang kenamaan di lapangan terbang antarabangsa Kuching di sini di akhir lawatan kerja beliau di Sarawak hari ini, Ahmad Zahid berkata, beliau juga mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri terbabit bagi meningkatkan usaha membanteras gejala ini.

Timbalan Perdana Menteri yang tiba di sini dua hari lepas, mengunjungi Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg sempena sambutan Aidilfitri di kediamannya pada Ahad lalu, dan semalam beliau turut mengunjungi Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, serta Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan di kediaman mereka, di samping mengunjungi Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah di kediamannya sempena Gawai Dayak.

Ahmad Zahid berkata masalah penyalahgunaan dadah bukan hanya berkisar kepada usaha antara kerajaan negeri dan pusat semata-mata, tapi sebenarnya turut memerlukan pembabitan banyak pihak lain seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, dan rakyat secara keseluruhannya.

Katanya beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan Timbalan Perdana Menteri Thailand sebelum ini dalam menyusun pelbagai program di bawah jawatankuasa am sempadan (GBC), dan juga Kementerian Pertahanan serta beberapa jawatankuasa kecil yang lain, dalam usaha meningkatkan aktiviti bagi menyekat gejala penyeludupan antara sempadan dua negara. – BERNAMA

Tags: polisZahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd