• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penulis ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia

oleh
04/07/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penulis novel komik ‘Aku Hidup Dalam Blues’, Azzam Supardi meninggal akibat sakit jantung di Pusat Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Sungai Buloh dekat sini, kira-kira jam 7 pagi Selasa.

Abang ipar Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dr. Mohamad Saleeh Rahamad berkata, pengarang prolifik berusia 50 tahun itu sebenarnya pernah diserang angin ahmar tiga kali.

Kejadian pertama berlaku di kediamannya di Saujana Utama, awal tahun ini manakala kedua ketika Allahyarham pulang berhari raya ke kampung isterinya di Pahang, menyebabkannya dimasukkan ke Hospital Bentong.

“Arwah kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan UiTM dengan sebuah ambulans pada Hari Raya Puasa yang keempat lalu. Sebelum ini, tiada sesiapa pun yang mengetahui bahawa arwah mempunyai penyakit jantung.

“Tambahan lagi dia juga dikenali sebagai seorang yang periang. Arwah diketahui ada menghidap sakit gout dan mungkin dia sendiri baru mengetahui mengenai penyakit jantung yang dihidapinya,” katanya kepada media.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak di Sungai Buloh, tengah hari Selasa. Dalam catatan terakhir di Facebooknya pada 30 Jun lalu, Azzam sempat menulis coretan yang menyentuh perasaan.

Penulis 'Aku Hidup Dalam Blues' Meninggal Dunia

Ia seolah-olah mengetahui permergiannya untuk selama-lamanya. Catatan itu berbunyi: aku penat, aku letih, bantu aku…, tolong aku…, dapatkan kembali tidurku yang hilang… Azzam Supardi, Hospital UiTM, 1.17 am 30/6/17.

Berdasarkan catatan menerusi Facebook beliau, Azzam telah pun dimasukan ke Hospital Bentong di Pahang sejak 24 Jun lalu, malahan turut meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan ahli keluarganya di hospital.

Allahyarham akhirnya kembali ke Rahmatullah dengan meninggalkan seorang balu iaitu Siti Rubiahtuliza Ahmad Tajuddin berserta tiga orang anak, Fatin Amira Najwa, 18; Muhammad Faiz, 16; dan Fatin Adelia Nisa, 6.

Aku Hidup Dalam Blues pernah menjadi antara siri yang terkenal dalam majalah kartun popular Ujang pada dekad 1990-an ditulis oleh Azzam dengan menggunakan nama pena Toyon, manakala lukisan pula oleh kartunis Aie.

Azzam turut sempat melahirkan beberapa buku antaranya Monolog Seorang Lelaki pada tahun 2013 diikuti dengan Prequel Breakfast Blues (2014) dan 99 Stress Free Daddy (2016). – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: BluesUjang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ujang Anggap Keajaiban Pawagam Mula Penuh

14/12/2017
0

KUALA LUMPUR - "Keajaiban demi keajaiban berlaku pada JIBAM'" kata legenda dunia kartunis tanah air, Ujang. Menurut beliau, selepas hampir...

Moga JIBAM Dapat Sambutan Sehebat Tombiruo

20/10/2017
0

LEGENDA dunia kartunis tanah air, Ujang sangat berharap filem JIBAM yang bakal ditayangkan di pawagam mendapat sambutan hebat seperti filem...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd