• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops Terminal: 13 Pemandu Bas Positif Dadah

oleh AK-47
04/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 13 pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dalam Ops Terminal yang dijalankan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri sejak 18 Jun lepas sehingga semalam.

Jumlah tersebut merupakan antara 2,989 pemandu bas yang diperiksa di 28 terminal bas utama seluruh negara hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Pengarah (Penguatkuasaan dan Keselamatan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Zainudin Abdullah berkata empat orang ditahan di Kedah, tiga di Perak dan dua di Selangor dan Sabah, serta masing-masing satu di Perlis dan Pulau Pinang.

“Angka tersebut menunjukkan peningkatan dengan enam kes dilaporkan pada tahun 2015 manakala lima kes bagi tahun 2014,” katanya dalam satu kenyataan di sini,

Zainudin berkata syarikat kenderaan komersial disarankan untuk sentiasa memastikan pemandu mereka bebas daripada dadah dengan melaksanakan ujian air kencing secara berkala.

“Pemandu bas juga boleh dirujuk ke mana-mana klinik swasta atau pusat kesihatan untuk menjalani ujian saringan air kencing,” katanya.

Dalam pada itu, Zainudin berkata operasi bersepadu antara pelbagai agensi perlu diteruskan bagi menyedarkan pemandu pengangkutan awam agar tidak menggaji pekerja yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Ini sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di musim perayaan dan menyelamatkan banyak nyawa yang tidak berdosa,” katanya. – BERNAMA

Tags: dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

Cadang Pinda Akta, Bayaran Ganti Rugi Kepada Keluarga Mangsa – Anthony Loke

30/03/2026
0

PUTRAJAYA - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 berhubung tindakan lain boleh dikenakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd