• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jakim Jamin Produk Daging Import Halal

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberi jaminan semua daging import yang mendapat pengesahan halal oleh agensi itu benar-benar halal untuk digunakan oleh masyarakat Islam negara ini.

Pengarahnya, Hakimah Mohd. Yusoff berkata, Malaysia mempunyai peraturan tertentu bagi pengimportan daging dan produk berasaskan daging iaitu semua loji penyembelihan dan pemprosesan diwajibkan melalui pemeriksaan halal.

“Pemeriksaan halal ini berdasarkan standard Halal Malaysia dan Protokol Pengeluaran Daging Halal Malasia oleh Jakim dan pemeriksaan sanitasi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) di loji-loji penyembelihan dan pemprosesan di luar negara.

“Hanya loji-loji yang telah diluluskan dan disenaraikan oleh JPV sahaja yang boleh mengeksport produk mereka ke Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Justeru, Hakimah menasihati rakyat Malaysia terutama beragama Islam tidak khuatir dengan status halal produk import yang dibawa masuk ke Malaysia kerana produk-produk terbabit sentiasa dikawal ketat di pintu-pintu masuk negara oleh agensi penguatkuasa berkaitan.

Beliau mengulas laporan media mengenai sebuah syarikat pembekal daging lembu dari Amerika Syarikat (AS), Midamar Corp. didakwa atas kesalahan menipu selepas didapati tidak mengikuti piawaian undang-undang Islam dalam proses penyembelihan haiwan.

Turut didakwa adalah sebuah lagi pertubuhan yang diusahakan pasangan adik-beradik berkenaan iaitu Islamic Services of America, salah satu pertubuhan yang mendapat kelulusan untuk mengeksport produk mereka ke Malaysia, Indonesia, Kuwait, Arab Saudi dan UAE.

Mengulas kes itu, Hakimah memaklumkan Midamar Corp. tidak berada dalam senarai yang diluluskan oleh JPV sekaligus tidak dibenarkan untuk mengeksport bekalan daging ke Malaysia selama ini.

Katanya, walaupun Islamic Services of America merupakan salah sebuah Badan Pensijilan Halal Luar Negara yang diiktiraf Jakim tetapi tidak bermaksud kebenaran secara automatik diberikan kepada pengeksportan daging dan produk berasaskan haiwan yang telah diberi pensijilan oleh badan berkenaan.

Tags: Jakim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

JAKIM Adakan ‘Tabayyun’ Bersama Timbalan Menteri Agama Susulan Kontroversi New Age Movement

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ telah diadakan bersama Timbalan Menteri di Jabatan...

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

Yoga Bukan Sekadar Senaman, Umat Islam Perlu Waspada Unsur Keagamaan – Jakim

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Umat Islam dinasihatkan supaya tidak melihat Yoga semata-mata sebagai aktiviti fizikal kerana amalan berkenaan mempunyai latar belakang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd