• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piya Harap Dapat Beraksi Menentang UiTM FC

oleh AK-47
03/07/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Ketua pasukan Kelantan Mohd Badhri Mohd Radzi yang semakin pulih daripada kecederaan bahagian paha, berharap dapat diturunkan untuk membantu pasukan menentang pasukan Universiti Teknologi Mara (UiTM FC) pada perlawanan pembukaan Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV di sini, malam esok.

Mohd Badhri atau dikenali sebagai Piya, bagaimanapun berkata keputusan sama ada beliau disenaraikan atau sebaliknya untuk beraksi malam esok ,bergantung sepenuhnya kepada barisan kejurulatihan pasukan.

“Ketika menentang Sarawak Sabtu lepas, saya tidak diturunkan berikutan cedera di bahagian paha ketika menjalani latihan, namun bagi aksi menentang UiTM FC, saya berharap dapat diturunkan kerana kecederaan saya semakin pulih dan yakin boleh bermain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada perlawanan menentang Sarawak, posisi Mohd Badhri diisi Mohd Rozaimi Azwar yang bergandingan dengan pemain import, Margaro Gomis.

Mohd Badhri berkata aksi malam esok penting baginya untuk mendapatkan kembali rentak permainan selepas liga berehat hampir sebulan.

“Perlawanan malam esok juga penting bagi saya untuk menyesuaikan diri dengan corak yang diterapkan pengarah teknikal baru pasukan, Alfredo Carlos Gonzales,” katanya.

Beliau yang mahu rakan pasukan memberi tumpuan sepenuhnya pada perlawanan tersebut, berkata mereka tidak boleh memandang rendah kemampuan pasukan UiTM FC terutamanya ketika beraksi dalam saingan peringkat kumpulan.

Pada saingan Piala Malaysia 2017, Kelantan diundi bersama Kedah, Melaka dan UiTM FC dalam Kumpulan C. – BERNAMA

Tags: Piya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piya ‘Angkat Kaki’ Tinggalkan Pasukan Kelantan

09/04/2019
0

KOTA BHARU - Pemain Kelantan Mohd. Badhri Mohd. Radzi membuat keputusan mendahului Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas memutuskan meninggalkan...

Piya Sah Sertai Perlis Musim Depan

14/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi sah menyertai pasukan Perlis yang akan bersaing dalam Piala Persatuan Bola...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd