• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saman Keluarga Sendiri Cemar Nama Ibu Bapa Kami”

oleh AK-47
04/07/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – “Menyaman adik-beradik saya sendiri di mahkamah akan hanya terus mencemarkan nama baik ibu bapa saya,” kata Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong.

“Pada kesudahannya, kami tetap adik-beradik, dan kami adalah anak kepada ibu bapa kami,” katanya dalam kenyataan menteri berkaitan ‘Penyalahgunaan kuasa dalam 38 Oxley Road’ pada persidangan Parlimen di sini hari ini.

“Ia akan turut mengheret proses ini selama bertahun-tahun, dan mengakibatkan lebih banyak gangguan dan kebimbangan kepada rakyat Singapura. Justeru, saya tidak akan memilih untuk berbalah tentang perkara ini di mahkamah,” kata Hsien Loong, anak sulung Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Lee Kuan Yew.

Hsien Loong berkata beliau membawa perkara itu ke Parlimen disebabkan rakyat Singapura berhak mendapatkan jawapan lengkap daripada beliau dan kerajaannya.

“Parlimen mungkin bukan sebuah mahkamah perundangan, tetapi ia adalah badan tertinggi di negara ini,” katanya.

Hsien Loong menegaskan banyak pihak yang bertanya kepadanya sebab beliau tidak mengambil tindakan undang-undang, untuk mencabar wasiat, atau menyaman kerana fitnah, atau mengambil tindakan undang-undang yang lain untuk menghentikan perbalahan ini dan membersihkan namanya.

“Kesemua ini adalah soalan yang mempunyai alasan yang sah. Saya menerima nasihat dan mempertimbangkan pilihan saya dengan amat teliti,” katanya dan percaya, beliau mempunyai kes yang kukuh.

“Dalam keadaan biasa, hakikatnya, dalam apa jua keadaan lain yang boleh dibayangkan melainkan perkara seperti ini, saya semestinya akan saman oleh kerana dakwaan penyalahgunaan kuasa adalah amat serius, meskipun ia sama sekali tidak berasas dan hakikatnya ia adalah satu serangan bukan saja terhadap saya, tetapi juga kerajaan keseluruhannya,” katanya.

Lee berkata setiap keluarga akan memahami bahawa pertikaian dalam keluarga sering berlaku, tetapi ia bukanlah sesuatu untuk dipertontonkan kepada umum.

“Sebab itulah saya berusaha dengan sebaik-baiknya untuk menangani perkara ini jauh daripada pandangan orang ramai,” katanya.

Sebagai contoh, kata Hsien Loong, hujahan beliau kepada Jawatankuasa Peringkat Menteri disifatkan sebagai sulit.

“Tujuan saya bukanlah untuk terus bertelagah dengan adik-beradik saya, sebaliknya untuk membantu Jawatankuasa ini menjalankan tugasnya.

“Malangnya, adik-beradik saya membuat dakwaan terbuka terhadap saya. Maka, saya tidak mempunyai pilihan kecuali mempertahankan diri saya, dan mengeluarkan kenyataan serta fakta tentang perkara ini. Saya berpegang teguh kepada kenyataan yang telah saya siarkan tetapi jika boleh, saya sebenarnya tidak mahu pergi lebih lanjut.

“Hari ini, saya membuat kenyataan ini di Parlimen untuk memberi penjelasan kepada Anggota (Parlimen) dan rakyat Singapura, untuk menangani isu ini dengan tangkas agar rakyat Singapura dapat memahami apa yang sebenarnya berlaku dan kami boleh meletakkan noktah kepada perkara ini, harapan saya, buat selama-lamanya.”

Perdana menegaskan bahawa legasi bapanya “lebih daripada sekadar sebuah rumah lama”.

“Legasi Encik Lee adalah Singapura dan nilai yang kita junjung tinggi.

“Sebuah masyarakat padu, majmuk, meritokratik. Sebuah masyarakat yang adil dan saksama, dengan peraturan yang sama terpakai kepada setiap orang. Sama ada anda seorang Menteri, atau orang kebanyakan. Sama ada anda perdana menteri, atau anak perdana menteri pengasas. Anda terikat kepada undang-undang.

“Bahawa di Singapura, rumah Encik Lee dan hasrat Encik Lee sekalipun, turut tertakluk kepada kedaulatan undang-undang.

“Bahawa Kerajaan yang beliau bina berupaya untuk menerima dan menahan serangan yang hebat terhadap reputasi serta integriti, dan bangkit semula bukan sahaja dengan lebih bertenaga, malah terus kukuh.

“Ini adalah ‘rumah’ yang Encik Lee bina, bukan 38 Oxley Road,” katanya. – BERNAMA

Tags: saman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd