• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Wajar Timbang 20 Calon Wanita Sabah Tanding PRU-14

oleh AK-47
03/07/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Kepimpinan Barisan Nasional (BN) Sabah dan pusat wajar memberi pertimbangan serius berhubung cadangan kira-kira 20 calon Wanita BN Sabah bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Pembantu Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Hamisa Samat berkata ini kerana senarai Wanita BN negeri yang dikemukakan itu sudah pasti terdiri daripada calon berpotensi, boleh menang dan berwibawa.

Menurutnya penyenaraian calon Wanita itu juga menunjukkan pucuk pimpinan negeri mengiktiraf peranan golongan tersebut untuk terlibat sama sebagai pembuat dasar.

“Tidak dapat dinafikan bahawa selama ini Wanita BN sentiasa turun padang untuk membantu menjaga kebajikan rakyat serta mengenali mereka dengan lebih dekat.

“Justeru, pemilihan Wanita sebagai anggota parlimen atau dewan undangan negeri pada PRU-14 adalah tepat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hamisa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Batu, berkata cadangan 20 nama sebagai calon Wanita BN negeri itu turut menunjukkan Sabah mempunyai pemimpin wanita yang berkebolehan untuk diketengahkan.

Baru-baru ini Pengerusi Wanita BN Sabah Datuk Armani Mahiruddin menyatakan beliau telah mengemukakan senarai 20 calon Wanita BN terdiri daripada muka lama dan baharu untuk bertanding dalam PRU-14 kepada Pengerusi Wanita BN pusat Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil. – BERNAMA

Tags: Datuk Hamisa Samat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Masa Depan Belia Cemerlang Dengan BN

02/05/2018
0

TAWAU - Masa depan golongan belia akan terus cemerlang dan gemilang jika Barisan Nasional (BN) diberi mandat untuk meneraju kepimpinan...

Kekal Kerajaan Pembangunan Banyak Dilaksana

01/03/2018
0

TAWAU - Kerajaan Barisan Nasional (BN) sedia ada yang ditunjangi UMNO perlu dikekalkan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) agar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd