• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ops Padu Banteras Rompakan Petroleum Bermula Esok

oleh AK-47
03/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Operasi bagi membanteras kegiatan rompakan di laut yang menyasarkan kargo petroleum cecair akan bermula esok melibatkan perairan wilayah selatan iaitu Melaka, Negeri sembilan dan Johor, kata Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar.

Beliau berkata Ops Padu selama dua minggu itu digerakkan secara bersepadu melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Pasukan Polis Marin.

“Ops Padu membolehkan setiap aset penguatkuasaan melibatkan pegawai dari agensi lain. Sebagai contoh, jika aset TLDM digunakan seorang pegawai Maritim Malaysia dan seorang pegawai polis marin akan ditugaskan bersama sepanjang operasi.

“Jika aset pasukan polis marin digunakan, seorang pegawai Maritim Malaysia dan seorang pegawai TLDM akan ditugaskan bersama sepanjang operasi. Begitulah seterusnya jika melibatkan aset Maritim Malaysia,” katanya dalam sidang media pelancaran operasi itu di sini hari ini.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Timbalan Panglima Tentera Laut Laksamana Madya Datuk Anuwi Hassan dan Komander Pasukan Polis Marin Bukit Aman Datuk Abdul Rahim Abdullah.

Menurut Zulkifili, Ops Padu itu dilancarkan susulan rompakan kapal tangki milik syarikat minyak Thailand yang dikenali sebagai CP41 pada 23 Jun lalu di perairan luar Kuantan.

Media sebelum ini melaporkan CP41 yang membawa muatan diesel dalam pelayaran ke Songkla, Thailand dari Singapura disamun kumpulan lanun yang mencuri 1.5 juta liter minyak diesel daripada 3.8 juta liter muatan keseluruhan dibawa kapal terbabit.

Zulkifili berkata aktiviti rompakan di laut yang menjadikan kargo minyak diesel sebagai sasaran dilihat bagi memenuhi permintaan pasaran gelap dengan harga yang ditawarkan jauh lebih rendah daripada harga pasaran antarabangsa dan tempatan.

Ops Padu memberi tumpuan kepada kapal-kapal tangki yang membawa produk petroleum cecair seperti diesel dan petrol sahaja iaitu tidak termasuk cecair lain, katanya.

Beliau berkata fokus pemeriksaan Ops Padu ialah terhadap dokumen perkapalan, dokumen kargo dan segala deklarasi yang melibatkan pergerakan atau aktiviti kapal dan juga kargo. – BERNAMA

Tags: Maritim Datuk Zulkifili Abu BakarOps Padu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Operasi Cari Kru Kapal AS Diperluas Ke Arah Utara

25/08/2017
0

KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) 10 kru USS John S McCain, yang hilang selepas kapal pemusnah Amerika...

Kapal TLDM Digerakkan Sertai Ops Padu

10/07/2017
0

KUALA LUMPUR - Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) digerakkan bagi menyertai Ops Padu yang dilancarkan untuk membanteras kegiatan rompakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd