• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saran Kredit BM Baru Layak Jadi Doktor

oleh Ahmad Albab
04/07/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sepatutnya menetapkan tahap kemahiran Bahasa Melayu yang lebih tinggi sekurang-kurangnya kredit di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk pelantikan ke jawatan Pegawai Perubatan di Kementerian Kesihatan.

Naib Pengerusi 1 Pertubuhan Alumni Kelab-Kelab UMNO Luar Negara Malaysia (AKULN), Dr. Zainal Adwin Zainal Abiddin berkata, setiap rakyat negara termasuk doktor mempunyai tanggungjawab untuk terus memartabatkan serta memperkasakan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa negara ini.

“Jika dilihat pada United Kingdom dan Australia, kemahiran untuk berbahasa secara lisan dan bertulis dalam bahasa Inggeris diwajibkan untuk bekerja di sana.

“Syarat tersebut perlu diadakan di Malaysia untuk mengangkat martabat Bahasa Melayu seterusnya memastikan pengamal perubatan di negara kita ini mampu berkhidmat untuk segenap pelusuk masyarakat dan bukan berkhidmat untuk kumpulan-kumpulan tertentu sahaja.

“Kepentingan memajukan bahasa ibunda di segenap negara- negara maju di seluruh dunia tidak menjejas keupayaan mereka untuk membangun. Apa yang berlaku di Perancis, Jerman, China, Jepun dan Korea Selatan umpamanya mereka masih lagi memartabatkan bahasa ibunda.

“Negara- negara ini terus maju tidak kira dari sudut pendidikan, ekonomi dan sosial kerana dasar memartabatkan bahasa ibunda sentiasa tersemat di hati mereka,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata demikian bagi membantab pengumuman Kementerian Kesihatan berhubung kelonggaran syarat kelayakan lulus Bahasa Melayu peringkat SPM untuk pelantikan secara kontrak ke jawatan Pegawai Perubatan Gred UD41 bagi memberi peluang pada graduan perubatan yang tidak menduduki SPM menerima latihan siswazah dan berkhidmat wajib dua tahun dengan kementerian itu.

Zainal Adwin berkata, tindakan Kementerian Kesihatan melonggarkan syarat itu memperlihatkan bahawa ketinggian Bahasa Melayu bukan keperluan aset yang penting untuk berkhidmat di negara ini.

Kata beliau, kelonggaran syarat itu juga tidak membantu menyelesaikan permasalahan lambakan graduan perubatan yang menunggu sehingga sembilan bulan ke setahun untuk mendapat tempat latihan siswazah.

Jelas beliau, graduan terbabit terdiri daripada pelajar-pelajar cemerlang dari institusi masing-masing dan telah mengikuti keperluan lulus Bahasa Melayu seperti ditetapkan dahulu, maka keutamaan perlulah diberikan kepada mereka yang telah mememenuhi syarat ditetapkan.

“Sememangnya bahasa kebangsaan adalah kunci perpaduan dan Gagasan Transformasi Integrasi Nasional yang kita semua idamkan.

“Sesungguhnya dengan Bahasa Melayu, kita sebagai rakyat Malaysia saling berinteraksi dan menjalin hubungan yang harmoni. Melalui Bahasa Melayu, kita bina identiti negara kita,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Bahasa Melayudoktor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

Doktor, Anak Perempuan Antara Tiga Terkorban Dalam Nahas Tragis Di Pekan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub  PEKAN – Perjalanan pulang bertukar tragedi apabila seorang doktor bersama anak perempuannya yang baru berusia dua tahun antara...

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

Pekerja Bangladesh Pun Boleh Berbahasa Melayu

20/05/2026
0

INI bukan cerita rekaan. Ini kisah benar yang menunjukkan betapa mudahnya bukan Melayu mempelajari bahasa Melayu jika ada keperluan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd