• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dakwa Difitnah, Adnan Yaakob Saman Utusan Melayu

oleh Ahmad Albab
19/12/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob memfailkan saman fitnah terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad berhubung artikel “Hebat Sangatkah Adnan” yang disiarkan pada November lepas.

Adnan memfailkan saman tersebut pada 5 Dis lepas melalui Tetuan Americk Sidhu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Writ saman diperoleh pihak media hari ini dan Hakim Yeoh Swee Siam telah menetapkan 6 Jan ini untuk pengurusan kes.

Menerusi penyata tuntutan, Adnan mendakwa pada 9 Nov lepas, Utusan (defendan) telah menerbitkan artikel bertajuk “Hebat Sangatkah Adnan” dalam ‘Mingguan Malaysia’ di bawah ruangan ‘Analisis Mingguan Bisik-Bisik Awang Selamat’.

Dakwa beliau isi kandungan artikel tersebut telah memfitnah, keterlaluan dan tidak berasas seolah-olah membawa maksud beliau tidak berurusan sebagai Menteri Besar Pahang, gagal dalam menjalankan tugas, telah terlalu lama dalam jawatannya dan seorang yang berpura-pura.

“Artikel fitnah itu membawa maksud plaintif (Adnan) adalah tidak sesuai untuk memegang jawatan sebagai Menteri Besar Pahang kerana plaintif tidak dapat menerima kritikan dan mempunyai kecenderungan untuk memaparkan keangkuhan dan kelancangan beliau.

Plaintif juga digambarkan mengabaikan isu-isu yang dihadapi oleh rakyat,” katanya di dalam penyata tuntutan itu.

Tambah Adnan akibat artikel itu, reputasi dan nama baiknya telah terjejas dan membawa kebencian di kalangan orang awam.

Menurut Adnan, pihaknya telah membuat tuntutan supaya defendan menyiarkan permohonan maaf dan pampasan yang sesuai, namun sehingga kini defendan gagal berbuat demikian.

Beliau menuntut ganti rugi am, ganti rugi tambahan, ganti rugi teladan serta permohonan maaf dalam cara dan bentuk yang diluluskan olehnya.

Permohonan maaf itu perlu disiarkan pada muka surat depan akhbar defendan dan Adnan juga menuntut suatu aku janji oleh defendan bahawa mereka tidak akan menyiarkan perkara-perkara fitnah terhadapnya pada masa hadapan.

Turut dituntut adalah faedah dan kos. – BERNAMA

Tags: Adnan Yaakobsaman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd