• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gertakan Kim Jong-Un Berjaya, The Interview Tak Jadi Ditayangkan

oleh AK-47
19/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS melalui beberapa episod kontroversi berhubung filem The Interview, akhirnya pihak Sony Pictures akur untuk membatalkan penayangan filem tersebut.

Pembatalan dibuat selepas kebanyakan pawagam seluruh dunia enggan mengambil risiko menayangkan filem yang menyentuh sensitiviti pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

Keputusan juga diambil selepas penggodam berjaya melakukan serangan secara siber terhadap laman web Sony, yang mana mereka menghantar amaran melarang pawagam daripada menyiarkan filem tersebut.

Sehubungan itu, majlis tayangan perdana The Interview yang dijadualkan berlangsung di New York, baru-baru ini turut dibatalkan oleh pihak penerbitnya.

Menurut salah seorang wakil Sony, mereka berasa sangat sedih dan kecewa dengan perbuatan penggodam yang mahu menghalang penayangan The Interview kepada pihak umum.

“Disebabkan kebanyakan pengedar filem menarik balik niat menayangkan filem ini, kami mengambil keputusan untuk membatalkan penayangan The Interview yang sepatutnya menjengah pawagam bermula 25 Disember ini.

“Kami menghormati dan memahami keputusan mereka, yang mana keselamatan pekerja serta pengunjung pawagam jadi keutamaan syarikat,” katanya.

The Interview mengisahkan dua wartawan penyiaran, dilakonkan Seth Rogen dan James Franco yang perlu bekerjasama dengan pihak Central Intelligence Agency (CIA) untuk membunuh Kim Jong-Un. - MYNEWSHUB.CC

Oleh:  JULIANA JOHAR 

Tags: FILEMmyArtispelakonselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd