• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imigresen Gempur PATI Bermula Tengah Malam Ini

oleh Ahmad Albab
02/07/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen akan melaksanakan operasi gempur besar-besaran di seluruh negara bermula tengah malam ini bagi mengesan pendatang tanpa asing (PATI) selaras dengan tamatnya tempoh permohonan kad sementara atau ‘Enforcement Card’ (E-Kad), hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya ternyata kecewa dengan sikap berlengah para majikan yang tidak membuat pendaftaran dengan lebih awal walaupun program tersebut telah dilancarkan sejak 15 Feb lalu.

Beliau berkata setakat jam 8 pagi ini, hanya 23 peratus iaitu 155,680 PATI melibatkan 26,957 majlikan telah membuat permohonan dan sebanyak 140,746 E-Kad telah dikeluarkan, jumlah yang jauh lebih rendah daripada sasaran asal 600,000 PATI.

Menurutnya, warga Bangladesh adalah warganegara PATI yang tertinggi mendaftar E-Kad diikuti Indonesia, Myanmar dan Nepal.

“Saya sudah tegaskan banyak kali bahawa tarikh akhir pendaftaran adalah pada 12 tengah malam ini, dan ia tidak akan di sambung,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Mustafar berkata selepas tempoh tersebut selain tangkapan ke atas PATI, majikan juga akan dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan melindungi serta menggaji PATI mengikut Seksyen 56(1) dan Seksyen 55B di bawah Akta Imigresen 1959/1963 termasuk menggaji warga asing yang menyalahgunakan pas pelajar mereka.

Tinjauan media di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen di sini hari ini mendapati ia masih lagi sesak sejak semalam dengan kehadiran majikan dan PATI memilih untuk tampil mendaftar E-Kad pada saat-saat akhir.

Katanya, walaupun permohonan ditutup pada jam 12 tengah malam ini, tetapi para pegawai terpaksa bekerja sehingga 7 pagi esok bagi memproses kesemua dokumen yang sedia ada.

Malah, katanya, atas kapasiti yang terbatas, permohonan majikan yang datang ke pejabat Imigresen selepas 11.30 pagi tadi terpaksa diketepikan terlebih dahulu bagi pihaknya memproses kesemua permohonan yang sedia ada.

Mustafar turut memaklumkan pihaknya menahan beberapa orang, yang didakwa sebagai ejen, yang mengambil kesempatan dengan mengeluarkan E-Kad palsu.

Katanya, permohonan E-Kad perlu diuruskan sendiri oleh majikan tanpa melibatkan orang tengah. – BERNAMA

Tags: ImigresenPati
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

Apa Status Ribuan PATI Yang Ditangkap, Adakah Semua Dihantar Pulang? – Iskandar

20/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat dan Perumahan (REACH) memuji Jabatan Imigresen melaksanakan operasi besar-besaran terhadap...

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd