• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mertua Arwah Mustapa Maarof, Seniwati Neng Yatimah Kini Kritikal

oleh AK-47
19/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas dua hari negara kehilangan seniman Allahyarham Datuk Mustapha Maarof, kini ibu mertuanya pula seniwati Neng Yatimah dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat serangan angin ahmar.

Menurut cucu beliau Mohd Rezainudden, 38, Neng Yatimah, 91, jatuh sakit selepas pulang menziarahi jenazah menantunya hingga terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Khoo Teck Phuat, Singapura sejak semalam dan kini bergantung kepada alat bantuan pernafasan.

“Nenek diserang strok ketika sampai di Johor Baharu dari Kuala Lumpur petang semalam ketika pulang menziarahi kematian arwah ayah. Nenek kemudiannya terus dimasukkan ke Hospital Khoo Teck Phuat pada malam semalam juga.

MENARIK – AL-FATIHAH : Datuk Mustapha Maarof Meninggal Dunia

“Dia kini berada dalam keadaan sangat kritikal dan saya dimaklumkan dia hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan,” katanya hari ini, memetik laporan Mstar Online.

Rezainudden berkata, neneknya itu didapati menghidap penyakit kanser usus tahap serius walaupun sebelumnya dilihat dalam keadaan sihat sepanjang berada di Kuala Lumpur.

“Nenek datang upacara pengebumian tapi tak dapat tatap jenazah, namun dia bermalam selama dua hari bagi menghadiri majlis tahlil arwah.

“Ketika berada di sini selama dua hari, kesihatannya baik dan hanya batuk-batuk biasa sahaja,” ujarnya.

Tambah Rezainudden, dia masih belum berkelapangan menziarahi neneknya kerana perlu menguruskan beberapa hal berkaitan arwah bapanya yang belum selesai.

Neng Yatimah yang merupakan  seniwati filem Melayu sekitar 1950-an dan 1960-an, terkenal sebagai pelakon air mata.

Filem-filem lakonan beliau antaranya Air Mata Duyung, Jiran Sekampung, Laila Majnun, Seri Mersing dan Rachun Dunia.

Pada 2007, Neng menerima anugerah Pelakon Veteran di Festival Filem Malaysia ke-13 (1997).

Anak beliau iaitu Roseyatimah meninggal dunia akibat kanser payudara pada 1987 dan Isnin lalu, menantunya pula, Mustapha Maarof mengehembuskan nafas terakhir akibat jangkitan paru-paru sebelum dikebumikan bersebelahan pusara Roseyatimah di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. – MYNEWSHUB.CC

Video Lagu Asmara Terkenang – Neng Yatimah

Tags: Artispelakon veteran
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd