• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Misbun, Chong Wei Kerjasama Lahirkan Pemain Pelapis

oleh Ahmad Albab
29/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Ketua jurulatih perseorangan badminton kebangsaan, Datuk Misbun Sidek dan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan berkerjasama dalam usaha melahirkan pemain pelapis terbaik negara.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata pengalaman Chong Wei sepanjang tempoh ketiadaan Misbun bersama BAM mampu memudahkan tugas jurulatih berusia 57 tahun itu untuk mengenal pasti potensi pemain pelapis yang sedia ada.

“Saya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada mereka berdua untuk menghasilkan satu perancangan bagi melahirkan pelapis pemain perseorangan lelaki yang terbaik bila Chong Wei bersara satu hari nanti.

“Chong Wei dan Misbun sangat rapat. Oleh itu, walaupun Misbun hampir tujuh tahun tidak bersama BAM, beliau tidak akan mengambil masa yang lama untuk mengenal pasti pemain kerana Chong Wei mampu memberikan maklumat dalaman berkaitan keupayaan dan kelemahan pemain yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediaman Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Norza mengakui tidak mempunyai halangan sekiranya Misbun berhasrat untuk menemani Chong Wei yang akan beraksi di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos ini meskipun ia bertindih dengan jadual temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Namun, beliau menyarankan supaya Misbun berbincang terlebih dahulu bersama jurulatih lain antaranya Hendrawan, Indra Wijaya dan Sairul Amar Ayob untuk memastikan tiada masalah berkaitan pembahagian tugas dan tanggungjawab.

“Bagi saya walaupun Chong Wei mempunyai misi untuk meraih gelaran dunia pertamanya, tugas di KL2017 juga sangat penting kerana sebagai tuan rumah, kita mahukan pencapaian yang lebih baik ataupun sekurang-kurangnya sama seperti di Singapura dua tahun lalu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Lee Chong WeiMisbun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kilang Beras Maut Digilis Lori

Chong Wei Terkandas Di Paris

21/04/2024
0

BEKAS pemain badminton negara, Datuk Wira Lee Chong Wei dan keluarganya terperangkap di Paris kerana banjir kilat di Dubai, Emiriah...

Adakala Muntah Di Gelanggang, Otot Kejang Ketika Balik Ke Rumah

28/12/2019
0

LEGENDA badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hari ini mengucapkan terima kasih kepada semua jurulatih yang membantu beliau sehingga terkenal...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd