• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Krisis FGV: Tempoh Zakaria Jawab Berakhir Hari Ini

oleh Ahmad Albab
30/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HARI ini tarikh penting menuju penghujung krisis pengurusan Felda Global Ventures (FGV) setelah 23 hari melalui detik gelap yang menggemparkan!

Pada 23 Jun lalu, Ahli Lembaga Pengarah (ALP) FGV bersetuju melanjutkan tempoh menjawab Surat Tunjuk Sebab kepada Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad.

Zakaria diarahkan bercuti dan digantung tugas mulai 6 Jun lalu susulan siasatan ke atas beberapa transaksi oleh anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Pada 13 Jun Zakaria diberikan Surat Tunjuk Sebab atas pertuduhan itu.

Pada 23 Jun, ALP FGV tempoh dilanjutkan hingga 29 Jun.

Jadi hari ini, Zakaria dijangka menyerahkan surat jawapan bagi tuduhan itu.

Krisis antara Zakaria dan ALP FGV menarik perhatian ramai sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala sebagai perantara untuk mendapatkan maklumat mengenai krisis itu bagi pihak Kerajaan.

Pada 19 Jun, selepas mengadakan pertemuan dengan PM, Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad melepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV.

Krisis FGV mendapat perhatian sensasi setelah Zakaria bertindak menyerahkan beberapa dokumen kepada SPRM pada 8 Jun dan mencetuskan spekulasi mengenai kewujudan salah laku serius pihak tertentu berhubung dakwaan pelaburan ‘tidak masuk akal’ membabitkan RM850 juta.

SPRM belum membuat sebarang pengumuman mengenai hasil siasatan.

Isu arahan bercuti Zakaria dikaitkan dengan spekulasi berhubung tindakan melupuskan hutang syarikat Afghanistan, Safitex kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Namun tuduhan itu dinafikan Zakaria dan dijawabnya sebagai: “Keputusan itu dibuat pengurusan terdahulu.”

Zakaria yang berpengalaman 33 tahun bersama Felda dilantik sebagai Presiden dan CEO pada Jun 2016.

Sebaik sahaja dilantik, pasaran saham menyambut baik keputusan itu apabila saham FGV melonjak pada RM1.49 sesaham setelah berada pada paras terendah RM1.31 berikutan krisis kejatuhan harga komoditi global.

Ketika dilancarkan pada Jun 2012, saham FGV diniagakan RM5 sesaham.

Nyata Jun bulan dramatik untuk FGV. Pada Jun 2012 saham FGV disenaraikan di Bursa Malaysa, pada Jun 2016, Zakaria dilantik mengetuai pengurusan eksekutif dan pada Jun tahun ini pula FGV huru-hara. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FGV
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd