• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Di Malaysia Beruntung Rai Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Umat Islam di negara ini beruntung kerana dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama dengan keluarga, orang tersayang, kawan-kawan dan jiran taulan dalam keadaan meriah, harmoni di negara yang aman damai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata jika dilihat di sesetengah negara Islam lain, mereka tidak mampu meraikan hari lebaran itu seperti rakyat di Malaysia.

“Mereka tidak beruntung seperti kita, sambutan cukup sederhana, lebih menyedihkan lagi ada yang langsung tidak punya peluang menyambut Syawal, nyawa bagai di hujung tanduk, serangan dan keganasan tanpa mengira masa sering menimpa mereka.

“Sama-samalah kita teruskan berdoa buat saudara seIslam kita yang kurang bernasib baik, semoga Allah SWT melindungi dan memberi keamanan buat mereka,” katanya dalam catatan terbaru blog rasminya www.najibrazak.com.

Beliau mengingatkan kelebihan dan kemeriahan Aidilfitri di Malaysia adalah hasil rahmat dan kurniaan Yang Maha Esa dan rakyat perlu terus mensyukuri dan melindunginya.

Najib turut berkongsi beberapa situasi yang biasa dapat dilihat dalam kalangan umat Islam di negara ini ketika meraikan Hari Raya Aidilfitri.

“Pagi Hari Raya Pertama, anak-anak kecil biasanya yang paling gembira, berbaju baharu dan dapat bertemu saudara-mara, kecoh satu rumah dengan telatah mereka, lagi-lagi bila sampai masa untuk kumpul duit raya!

“Begitulah juga gembiranya ibu dan bapa, dapat berkumpul satu keluarga, terutamanya yang anak-anak mereka tinggal berjauhan, mungkin setahun sekali baru dapat bersua muka.

“Tak kurang juga meriah anak-anak muda golongan remaja menyambut raya. Bergaya betul #TeamRayaKL ambil foto di tengah jalan raya yang kosong dan lengang, #TeamRayaKampung pun sama tidak lepaskan peluang ambil foto di bendang dan sawah, biasalah orang bandar sekali-sekala masuk kampung!” katanya.

Menurut Najib, sekiranya umat Islam terus berusaha sehati dan sejiwa bersatu padu sebagai sebuah negara, keistimewaan dan kelebihan itu dapat dipelihara sentiasa, selain Aidilfitri saban tahun dapat terus diraikan bersama dalam suasana gembira. – BERNAMA

Tags: AidilfitriDatuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd