• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pakistan Berkabung 141 Maut Serangan Taliban

oleh Ahmad Albab
18/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PESHAWAR – Pakistan berkabung selama tiga hari selepas 132 kanak-kanak dan sembilan petugas sekolah milik tentera Pakistan diserang pemisah Taliban yang dianggap serangan paling berdarah di negara itu.

Seramai 141 orang maut apabila pemisah Taliban menyerbu masuk sekolah di barat laut bandar Peshawar itu semalam dan pergi dari bilik ke bilik bertindak menembak kanak-kanak ketika drama serangan selama lapan jam.

Serangan yang didakwa dilakukan Tehreek-e-Taliban Pakistan (TTP) sebagai membalas dendam terhadap serangan pihak tentera ke atas pemisah sebelum ini, dikutuk masyarakat dunia dan menyebabkan kerajaan Pakistan dan tentera untuk mengulangi kesungguhan mereka menumpaskan kumpulan yang sudah membunuh beribu-ribu orang sejak kemunculan pada 2007.

Seorang remaja yang terselamat, Shahrukh Khan menyorok di bawah meja dengan rakan sekelas apabila empat lelaki bersenjata menyerbu masuk bilik mereka berkata, dia berpura-pura mati selepas terkena tembakan di kaki sambil memasukkan tali leher ke dalam mulutnya bagi mengelak daripada menjerit.

“Saya nampak sepasang but besar warna hitam berjalan ke arah saya, lelaki ini mungkin mencari pelajar yang bersembunyi di bawah bangku,” katanya ketika dirawat di Hospital Lady Reading.

“Lelaki memakai but besar itu terus mencari pelajar dan menembak ke arah badan mereka. Saya baring dan tidak bergerak sambil menutup mata, menunggu untuk ditembak lagi,” katanya.

“Badan saya menggigil, saya hampir mati dan saya tidak akan lupakan but hitam menghampiri saya. Saya rasa seperti mati sedang mendekati saya,” katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri, Nawaz Sharif mengumumkan tiga hari berkabung negara dan menyifatkan serangan itu sebagai “tragedi negara yang dilakukan oleh orang yang buas”.

“Mereka adalah kanak-kanak. Ini adalah kehilangan bagi saya dan kehilangan untuk negara,” kata Sharif. – AFP

Tags: mauttaliban
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

Sejarah Buktikan Malaysia Tidak Jadi Negara Taliban Seperti Didakwa PH – Pemuda MCA

Sejarah Buktikan Malaysia Tidak Jadi Negara Taliban Seperti Didakwa PH – Pemuda MCA

24/07/2026
0

SEREMBAN – Sejarah telah membuktikan bahawa Malaysia tidak menjadi negara 'Taliban' ketika Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) pernah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd