• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khairil Optimis Sumbang Emas Pada KL2017

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Atlet luncur ais negara, Khairil Ridhwan Khalil optimis mampu menghadiahkan kilauan pingat emas buat negara pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) yang akan berlangsung pada 19 hingga 30 Ogos ini.

Khairil Ridhwan, 17, berkata kejayaan menggondol tiga pingat emas dan satu gangsa dalam disiplin luncur ais laju jarak pendek pada satu kejohanan di Singapura awal tahun ini akan dijadikan sebagai sandaran apabila turun beraksi di Empire City Mall yang merupakan venue utama bagi acara sukan itu.

Menurutnya, kejayaan negara menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik acara 5,000 meter (m) berganti di belakang China, Korea Selatan dan Jepun pada Sukan Asia Musim Sejuk (AWG) 2017 di Sapporo, Jepun, Februari lepas juga membuktikan Malaysia sebagai sebuah pasukan terbaik di Asia Tenggara.

“Saya meraih tiga pingat emas dalam acara 500, 1,000 dan 1,500m serta satu gangsa dalam acara 3,000m berganti di Singapura selain berjaya menduduki tempat keempat dalam acara 5,000m di AWG.

“Sasaran yang diletakkan pada KL2017 tidak mustahil untuk dicapai sekiranya kami memberikan sepenuhnya komitmen terhadap latihan dalam baki beberapa bulan ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman kerjasama antara Persatuan Luncur Ais Malaysia (ISAM) dan pengeluar kenderaan premium, BMW di Kementerian Belia dan Sukan baru-baru ini.

Sebagai rekod, sukan luncur ais buat julung kalinya dipertandingkan dalam KL2017 dan Malaysia merupakan perintis kepada penganjuran acara sukan musim sejuk itu di Asia Tenggara.

Sebanyak lapan pingat emas dipertandingkan iaitu enam pingat menerusi disiplin luncur ais jarak pendek lelaki dan wanita yang mempunyai tiga acara – 500, 1,000 dan 3,000m berganti, sementara dua pingat bagi disiplin ‘figure skating’ lelaki dan wanita. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Titah Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

Tunku Mahkota Ismail Titah Ucapan Tahniah Sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong

31/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menzahirkan ucapan tahniah dan sembah takzim kepada Sultan Ibrahim sempena Sambutan...

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

Perlindungan Perkeso 24 Jam Berkuat Kuasa Mulai Hari Ini

31/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Lebih 9 juta pencarum di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 kini secara automatik dilindungi sepenuhnya daripada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd