• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penumpang AirAsia X Selamat Kerana Juruterbang

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menyifatkan kesemua penumpang AirAsia X flight D7237 terselamat dalam satu insiden baru-baru ini adalah disebabkan oleh kecekapan juruterbang pesawat berkenaan.

Naib Presidennya, Hasanuddin Mohd Yunus berkata, situasi genting disebabkan masalah teknikal pada pesawat itu berjaya diatasi dengan penuh tenang dan profesional oleh juruterbang berkenaan.

“Kapten dan krew AirAsia wajar diberi pujian kerana berjaya mengawal situasi dan mendarat dengan selamat.

“Saya percaya hero-hero kita Kapten Ibrahim Jalaluddin dan krew kabin telah mengharumkan negara di mata dunia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu dikeluarkan rentetan kecaman orang ramai keatas pemimpin Pakatan Harapan kerana mengkritik tindakan juruterbang berkenaan meminta penumpang supaya berdoa untuk keselamatan mereka dalam situasi genting tersebut.

Pemimpin Pakatan Harapan daripada DAP, Datuk Zaid Ibrahim yang membuat kritikan itu malah meminta AirAsia supaya melantik imam atau paderi jika mahu menceburi bidang agama.

Hasanuddin sekadar mengulas pendek isu tersebut: “Berusaha memastikan penerbangan selamat adalah sangat penting tetapi juga perlu diiringi doa atau harapan kepada Tuhan yang esa tanpa mengira masa dan situasi.” – MYNEWSHUB.CC

Tags: AirAsia X
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Tak Kata AirAsia Dapat Manfaat Prosedur ‘Offset’

07/02/2020
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pernah menyatakan bahawa tuduhan pemberian rasuah ke atas AirAsia adalah transaksi...

Mahathir Kata Minta ‘Offset’ Bukan Rasuah

06/02/2020
0

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, permintaan mendapatkan timbal balas atau offset, adalah sesuatu yang lumrah dalam perniagaan asalkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd