• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Rumah, 2 Kereta 12 Motosikal Musnah Kebakaran

oleh AK-47
27/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Sebanyak empat buah rumah, dua buah kereta dan 12 motosikal musnah dalam kebakaran di Taman Ria dekat sini, tengah malam tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Mustakim Mukhtar berkata, bomba menerima panggilan pada 12.58 tengah malam dan jentera pertama tiba di lokasi kira-kira 10 minit kemudian.

“Api sedang marak sewaktu bomba tiba dan memusnahkan empat buah rumah teres kos rendah kelas A (satu tingkat), dua buah kereta dan 12 buah motosikal.

“Bomba menggunakan lima pancutan air daripada jentera bomba, bagi memadam dan mengawal kebakaran di bahagian hadapan dan belakang, daripada terus merebak,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Kebakaran itu mengakibatkan rumah pertama terbakar 20 peratus, rumah kedua (90 peratus), rumah ketiga (50 peratus) dan keempat lima peratus terbakar.

Turut musnah ialah dua motosikal jenis Yamaha LC dan Honda EX5 di rumah pertama, sebuah kereta jenis Kia Sephia dan sembilan buah motosikal jenis Suzuki RG, Vespa, Yamaha Y15 dan Modenas Kriss di rumah kedua.

“Sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 Class turut terbakar 95 peratus,” katanya.

Mohamad Mustakim berkata, tiada mangsa yang cedera dan api dapat dikawal pada pukul 1.23 pagi tadi.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan, katanya.

Operasi memadam dan mengawal kebakaran itu melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani dan BBP Tikam Batu dengan kekuatan 16 pegawai dan anggota, serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Petani. – BERNAMA

Tags: kebakaran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd