• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Saki Baki Pengganas Masuk Ke Keningau

oleh Ahmad Albab
28/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KENINGAU – Ketua Polis Daerah Keningau, DSP Ahmad Jawila mengesahkan tiada petunjuk saki baki pengganas dari Marawi di Mindanao, selatan Filipina, menyusup masuk ke kawasan pendalaman Sabah khususnya di Keningau.

Beliau berkata belum ada maklumat risikan bahawa anggota kumpulan militan melarikan diri untuk bersembunyi di daerah itu susulan pihak tentera Filipina melancarkan serangan berterusan ke atas bandar Marawi bagi membebaskan bandar itu daripada penguasaan kumpulan militan itu.

Beliau berkata persiapan rapi telah dilaksanakan bagi memastikan umat Islam di kawasan pedalaman, khususnya di Keningau dapat meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan selamat serta aman.

“Polis Keningau telah meletakkan anggota di setiap pintu masuk sempadan seperti Tawau ke Keningau, Tenom dan Penampang sebagai langkah keselamatan,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau di sini, hari ini.

Beliau berkata Keningau sentiasa berada dalam keadaan aman dan damai serta selamat dikunjungi oleh orang ramai dan pelancong asing.

Namun, beliau meminta orang ramai agar sentiasa memberi kerjasama kepada pasukan keselamatan dengan menyalurkan maklumat sekiranya melihat sebarang  elemen jenayah di kawasan masing-masing.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Elron Alfred Angin, dan Ketua UMNO Bahagian Pensiangan, Datuk Abdul Ghani Yassin. – BERNAMA

Tags: pengganas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd