• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Trafik Masih Perlahan Di Lebuh Raya Utama

oleh Ahmad Albab
24/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran trafik dilaporkan bergerak perlahan di beberapa kawasan di lebuh raya utama pagi ini berikutan masih ramai dalam perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri yang dijangka disambut  esok.

Menurut jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), aliran trafik ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan sesak dari Sungai Buaya ke Bukit Beruntung, Bukit Beruntung ke Bukit Tagar dan Bukit Tagar ke Lembah Beringin.

“Aliran trafik juga bergerak perlahan dari Lembah Beringin menuju ke Tanjung Malim dan seterusnya ke Behrang setakat 9 pagi ini,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata keadaan sama juga dilaporkan di kawasan Slim River menuju ke Sungkai, Sungkai ke Bidor, Bidor ke Tapah, Tapah ke Gua Tempurung, Gopeng ke Simpang Pulai, Jelapang ke Tanjung Menora dan Tanjung Menora ke Sungai Perak.

Jurucakap itu berkata, aliran trafik arah Selatan pula hanya sesak dari Nilai ke kawasan Rehat dan Rawat Seremban.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur hanya perlahan di kawasan Gombak ke arah Bentong.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twittercom/plustrafik atau talian LLM di 1800-887752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. – BERNAMA

Tags: Aidilfitrialiran trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd