• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Teliti Skandal Kaya Mega 3 Anak Mahathir

oleh
24/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perkara ini sudah dibangkitkan pembangkang sejak lama dulu… zaman sebelum Tun Dr. Mahathir Mohamad ‘menyertai’ mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Namun pihak pembangkang di Malaysia seperti biasalah… apabila orang kuat BN yang pernah dikutuk mereka kemudian menyebelahi mereka, semua dosa lama secara tiba-tiba berubah boleh jadi suci murni.

Cuma kali ini agak menarik selepas orang parti Mahathir itu sendiri yang buat aduan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bukan sikit-sikit katanya tetapi sampai 488 buah syarikat.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki, pihaknya perlu meneliti segala maklumat berhubung dakwaan skandal kekayaan luar biasa yang dimiliki anak-anak Mahathir.

Beliau yang dipetik portal tempatan AgendaDaily turut mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima aduan berkaitan isu tersebut namun enggan mengulas mengenai perinciannya buat masa sekarang.

“Kita perlu melihat perkara itu terlebih dahulu. Jika kita dapati memang benar wujud kesalahan rasuah dan salah guna kuasa, maka baru siasatan akan dijalankan untuk tindakan yang selanjutnya.

“Selebihnya, saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya sebagai mengulas beberapa exco Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang membuat laporan kepada SPRM.

Ini termasuk Exco Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Pusat PPBM, Abd. Wahazir Abd. Wahabi yang turut menyerahkan senarai nama syarikat dimiliki oleh empat orang anak Mahathir sendiri.

Ia melibatkan iaitu Tan Sri Mokzani, Mirzan, Datuk Seri Mukriz dan Datin Paduka Marina, malahan laporan dibuat terus kepada Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya kerana kekayaan luar biasa diperoleh mereka.

Dakwa Abd. Wahazir, syarikat-syarikat tersebut antaranya dikenal pasti wujud semasa Mahathir masih lagi menjadi Perdana Menteri dan sehingga kini terus ber­operasi dengan meraih tender-tender kerajaan.

Dalam pada itu, Abd. Wahazir serta rakan-rakannya juga dikatakan telah berjumpa dengan Mahathir sendiri beberapa bulan lalu namun beliau menafikan perkara tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Mahathir MohamadPPBMSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd