• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1.3 Juta Warga Indonesia Pulang Sambut Raya

oleh AK-47
23/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PONTIAN – Sebahagian daripada 1.3 juta warga Indonesia yang sah bekerja di negara ini, telah mula pulang ke kampung halaman masing-masing sejak minggu lepas bagi menyambut perayaan Aidilfitri.

Atase Perhubungan Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) Kuala Lumpur, Muhammad Abduh berkata kebanyakan mereka memilih menggunakan perkhidmatan feri di 12 pelabuhan utama atau pintu masuk di Tawau (Sabah), Kuching (Sarawak), Port Klang (Selangor), Port Dickson (Negeri Sembilan), Melaka,  Hutan Melintang (Perak) dan lain-lain.

Katanya, beliau bersama atase-atase lain telah turun padang melakukan pemantauan di sesetengah pintu masuk itu bagi memastikan keselamatan rakyatnya terjamin.

Pada masa sama, lawatan ke kilang-kilang, ladang serta tapak pembinaan turut dilaksanakan oleh Atase Tenaga Kerja KBRI Kuala Lumpur Mustafa Kamal bagi mengesan pekerja tidak mempunyai permit dan berpotensi pulang ke kampung halaman menggunakan bot pancung haram.

“Di Malaysia sememangnya ramai sekali tidak ada permit. Itu yang menyebabkan mereka mahu atau tidak mahu menggunakan bot pancung.

“Bagaimanapun, kita telah melakukan sosialisasi (lawatan) ke kilang-kilang, ladang dan tapak pembinaan untuk menerangkan jangan sampai menggunakan bot pancung.

“Kita juga menyediakan video dan pembentangan yang menggambarkan beza antara bot pancung dan feri kerana kadang-kadang, mereka ini tidak tahu rupa feri sebenar atau bot pancung sedangkan  feri mempunyai jaket keselamatan dan sebagainya,” katanya.

Muhammad berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Terminal Feri Antarabangsa Kukup di sini hari ini bagi meninjau keadaan warga Indonesia yang pulang menyambut Aidilfitri..

Katanya, ketika ini kawasan panas untuk bot pancung beroperasi ialah di wilayah timur Johor  memandangkan tempat berkenaan belum dilengkapi sistem radar pemantauan agensi penguatkuasaan Malaysia.

“Di Selat Melaka bermula dari Lumut (Perak), kawasan itu sudah ada radar dan ini memudahkan pihak Malaysia mengawal kapal-kapal (bot) yang masuk.

“Wilayah timur Johor pula khabarnya sedang dalam pembinaan (radar), InsyaAllah tahun ini atau tahun depan,” katanya.

Berhubung lawatannya itu, Muhammad berkata beliau berpuas hati dengan sistem operasi dan penguatkuasaan yang dilaksanakan pihak pengurusan terminal kerana menyediakan feri tambahan yang lengkap dengan ciri keselamatan kepada warga Indonesia.

“Setakat ini, tiada penangguhan pelepasan feri. Setiap kali bot berangkat, terus ada lagi bot lain datang untuk mengangkut penumpang.

“Bahkan untuk esok, hari terakhir untuk warga Indonesia pulang, pihak pengurusan memutuskan untuk melanjutkan operasi feri sehingga 5 petang atau sampai penumpang habis, berbanding cuma setengah hari sahaja pada waktu biasa,” katanya.

Setakat semalam, 7,000 warga Indonesia  telah menggunakan perkhidmatan feri di terminal berkenaan dan ia dijangka meningkat sehingga 12,000 orang esok.

–  BERNAMA

Tags: warga indonesia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

Hanya Kerana Guna Kicap, Amah Indonesia Dipaksa Minum Air Panas, Dipukul Hingga Gigi Patah

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah warga Indonesia mendakwa didera teruk apabila disimbah air panas, dipukul dan dipicit payudara hingga luka...

Kes Patah Pengilap Cermin Kereta, Warga Indonesia Dijel 15 Bulan Tak Mampu Bayar Denda RM9,000

Kes Patah Pengilap Cermin Kereta, Warga Indonesia Dijel 15 Bulan Tak Mampu Bayar Denda RM9,000

30/10/2024
0

BATU PAHAT : Warga Indonesia yang mematahkan pengilap cermin kenderaan milik orang awam sebelum videonya tular minggu lalu, dihadapkan ke...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd