• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Utama

oleh Ahmad Albab
23/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di lebuh raya utama ke Pantai Timur dan utara Semenanjung Malaysia setakat 10 pagi ini, dilapor perlahan sejak awal pagi disebabkan pertambahan kenderaan di kedua-dua arah ketika orang ramai pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia, trafik ke arah Pantai Timur perlahan dari Plaza Tol Gombak sehingga Lentang mulai kira-kira 3 pagi tadi dan ia dijangka berlarutan sekurang-kurangnya sehingga lewat petang ini.

Beliau berkata trafik di laluan lain ke arah Pantai Timur termasuk Lebuhraya Pantai Timur 2, bagaimanapun dilapor masih lancar.

Sementara itu, jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata trafik ke arah utara juga dilapor bergerak perlahan termasuk dari arah Jelapang menuju Terowong Menora, dan selepas terowong menuju Sungai Perak.

Katanya, turut mengalami keadaan sama ialah dari Tapah menuju Gopeng, Bidor ke Tapah, dan Slim River ke Sungkai.

Trafik ke arah selatan semenanjung dilaporkan lancar setakat 10 pagi.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter @plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter @LLMinfotrafik. – BERNAMA

Tags: Aidilfitrialiran trafik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

Trafik Perlahan, Laluan Sesak Dari Gombak Hala Pantai Timur, Kenderaan Bertali Arus Dari Slim River Ke Tapah

15/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Aliran trafik menghala Pantai Timur dari Gombak ke Genting Sempah sesak anggaran 11 kilometer pagi ini. Jurucakap Lembaga...

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

KTMB Sedia 8 ETS Tambahan Sempena Tahun Baharu Cina, AidilfitriTahun Baharu Cina, Aidilfitri

04/02/2026
0

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan lapan perkhidmatan tren elektrik tambahan (ETS) sempena Tahun Baharu Cina dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd