• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesal Syarikat Konsesi Cuba Guna Nama Kementerian

oleh Ahmad Albab
23/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof kesal bahawa syarikat konsesi yang ditawarkan projek terowong dasar laut dan tiga projek jalan utama bernilai RM6.34 bilion cuba menggunakan nama kementerian dan nama beliau untuk mempertahankan diri berhubung isu terlebih bayar bayaran perunding.

Fadillah dalam satu kenyaaan hari ini berkata beliau dalam beberapa kenyataan sejak tahun lepas mengingatkan syarikat konsesi dan membangkitkan bahawa jumlah kos kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk bagi projek tersebut iaitu RM305 juta adalah terlalu tinggi, termasuk dalam kenyataan beliau pada 30 Mac.

Menurut Fadillah, taklimat yang disampaikan oleh Kerajaan Negeri Pulai Pinang kepada kementerian pada April adalah gambaran keseluruhan projek termasuk penjelasan tentang mengapa kajian kebolehlaksanaan mengenai bahagian terowong projek yang telah lama dijanjikan telah ditangguhkan.

“Kos terperinci mengenai projek bukan sebahagian daripada perbincangan ini,” kata beliau ketika syarikat tersebut (The Consortium Zenith Construction Sdn Bhd) dilaporkan telah menafikan yang ia telah terlebih bayar kos perunding bagi projek tersebut yang menelan belanja RM305 juta,’ katanya.

Pengerusi Consortium Zenith Construction Sdn Bhd Datuk Zarul Ahmad Zulkifli juga mendakwa bahawa tidak ada kenyataan,, komen atau ulasan negatif yang dibangkitkan oleh menteri, Jabatan Kerja Raya dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mengenai isu itu apabila mereka membuat penyampaian sepenuhnya mengenai kajian kebolehlaksanaan dan reka bentuk terperinci (FSDD) dan penilaian kesan alam sekitar (EIA) kepada kementerian pada April.

Fadillah berkata kementerian berpegang kepada pendapat profesional Lembaga Jurutera yang telah membuat pengiraan bahawa bayaran maksimum yang dibenarkan berdasarkan skala harga ialah RM41 juta bagi tiga projek utama jalan raya di Pulau Pinang.

“Sejumlah RM177.5 juta yang telahpun dibayar oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk tujuan ini adalah empat kali ganda terlebih bayar daripada bayaran maksimum mengikut skala bayaran yang diwartakan.

“Sila ambil perhatian bahawa RM177.5 juta ini tidak termasuk sebarang bayaran untuk terowong itu sendiri kerana kajian untuk ini belum selesai atau telah dibayar,” kata Fadillah.

Beliau berkata untuk mengelakkan keraguan, Lembaga Jurutera ialah badan berkanun tunggal yang mengawal skala bayaran yang diwartakan bagi kerja-kerja sivil di negara ini. Ini diperuntukan di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138).

Pembinaan terowong dasar laut ialah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan DAP untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas di pulau itu. – BERNAMA

Tags: Kementerian Kerja RayaSyarikat Konsesi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vaksin Dibuka Kepada 40,000 Pekerja Sektor Pembinaan

17/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menawarkan vaksinasi COVID-19 kepada 40,000 pekerja...

Kerja Pembinaan Perlu Dihenti Sepanjang Tempoh PKP

15/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Kerja-kerja pembinaan perlu dihentikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri yang terlibat, kecuali bagi kerja-kerja yang disenaraikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd