• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Shahrul Dilantik Setiausaha Kehormat PAFA

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengumumkan pelantikan Ahmad Shahrul Azhar Sofian sebagai pengurus dan setiausaha kehormat baharu pasukan berkenaan, berkuat kuasa 1 Julai depan.

Pelantikan itu adalah bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan bekas pengurus, Datuk Jamal Mohd Aris sejak 11 Mei lepas.

Presiden PAFA Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan berkata Ahmad Shahrul, 43, dilantik berdasarkan pengalaman luasnya selama 13 tahun dalam arena bola sepak tanah air.

“Ahmad Shahrul adalah bekas ketua pasukan Perak era 2000 hingga 2008 selain merupakan tonggak yang mengetuai pasukan Malaysia pada Sukan Asia 2002 di Busan, Korea Selatan.

“Selain itu, beliau merupakan Penolong Pengurus Perak pada 2013, dan setahun kemudian dilantik sebagai Ketua Jurulatih pasukan Negeri Sembilan Bawah 21 dan terkini Penolong Ketua Jurulatih skuad Liga Super Felda United FC,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan PAFA hari ini.

Abdul Puhat berkata beliau berkeyakinan penuh dengan kredibiliti dan kemampuan Ahmad Shahrul untuk meningkatkan serta meneruskan kecemerlangan bola sepak Perak.

Selain itu, beliau berkata PAFA turut merakamkan setinggi penghargaan kepada pihak pengurusan Felda United FC kerana memberi kerjasama melepaskan Ahmad Shahrul untuk menabur bakti di negeri kelahirannya.

“Kita juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Jamal di atas khidmat bakti sebagai Setiausaha Kehormat PAFA dan Pengurus The Bos Gaurus sebelum ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Puhat Mat NayanPAFA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kawalan Ekonomi Liga Malaysia Wajar – PAFA

27/01/2019
0

NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Abd Aziz Yeop Jamaluddin menyokong langkah Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) untuk melaksanakan...

Perak Sah Dapat Khidmat Anderson Selama Semusim

26/12/2018
0

IPOH - Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) sah mendapatkan khidmat bekas pertahanan import PKNS FC, Zac Anderson dalam menghadapi saingan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd