• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Elektrik Di Gaza Hanya 2 Jam Sehari

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GAZA – Pihak Israel memutuskan untuk mengurangkan bekalan elektrik ke Semenanjung Gaza kepada satu pertiga, bermakna setiap isi rumah mendapat kurang dua jam bekalan elektrik setiap hari, lapor Al-Resalah.

Menurut Al-Resalah, kebiasaannya Qatar dan Turki membiayai untuk mendapatkan bahan bakar bagi kegunaan satu-satunya loji jana kuasa elektrik di Gaza yang membekalkan tenaga elektrik untuk beberapa jam setiap hari.

Ekoran krisis diplomatik antara beberapa negara teluk dengan Qatar, tidak dapat dipastikan sama ada Qatar akan meneruskan pembiayaannya atau sebaliknya.

Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu dan Bahrain memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar pada 5 Jun lepas dan mengenakan sekatan di darat, laut dan udara.

Qatar merupakan penaja utama bagi aktiviti awam di Semenanjung Gaza.

Jika pembiayaan dihentikan akibat sekatan terhadap Qatar, keadaan kemanusiaan di Gaza bakal bertambah buruk yang boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya peningkatan aktiviti ketenteraan.

Sementara itu, Ketua Jawatankuasa Anti-Pengepungan merangkap ahli Parlimen Jamal al-Khudari, memberi amaran  keputusan Israel mengurangkan bekalan elektrik ke wilayah yang dikepung di Semenanjung Gaza boleh mengundang keadaan lebih teruk.

Menurut Al-Khudari, sejak beberapa bulan lepas, loji jana kuasa di Gaza berdepan kekurangan bekalan bahan api.

Beliau menggesa komuniti antarabangsa dan pihak terlibat untuk mendesak Israel menarik balik keputusannya memandangkan bekalan elektrik amat diperlukan bagi membolehkan kemudahan penting seperti hospital, klinik dan telaga air beroperasi. – BERNAMA

Tags: Bekalan Elektrik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

Banjir: TNB Nafi Putuskan Bekalan Elektrik Di Alor Setar

30/11/2024
0

ALOR SETAR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) menafikan dakwaan akan memutuskan bekalan elektrik dari Anak Bukit ke Kepala Batas, Kubang Pasu...

Sabah Ambil Alih Kuasa Kawal Selia Elektrik Selepas Sidang Khas DUN

Sabah Ambil Alih Kuasa Kawal Selia Elektrik Selepas Sidang Khas DUN

12/06/2023
0

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah dijadual mengambil alih kuasa kawal selia bekalan elektrik daripada Kerajaan Persekutuan selepas persidangan khas Dewan Undangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd