• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

82,054 Saman Dikeluarkan Menerusi Awas

oleh AK-47
23/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

HULU TERENGGANU – Sebanyak 82,054 keping saman telah dikeluarkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menerusi  Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) atau sebelum ini yang dikenali sebagai Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) bagi tempoh 15 April hingga 19 Jun tahun ini.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JPJ, Datuk Wan Ahmad Uzir Wan Sulaiman berkata menerusi jumlah itu kesalahan had laju mencatatkan rekod tertinggi iaitu 72,806 kes, diikuti kesalahan lampu isyarat sebanyak 9,248 kes.

Katanya daripada jumlah saman yang dikeluarkan itu juga sebanyak 6,535 telah diselesaikan para pemilik yang dikenakan tindakan.

“Kesemua kesalahan ini dicatatkan dalam tempoh kira-kira dua bulan bermula 15 April hingga 19 Jun tahun ini melibatkan jumlah RM 976,200 hasil saman Awas seluruh negara,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Ops Selamat di Plaza Tol Ajil, di sini, semalam.

Menurutnya sehingga kini sebanyak 21 kamera AES telah dipasang di seluruh negara dan termasuk tujuh yang dipasang pada musim perayaan ini di lokasi dikenal pasti sering berlaku kemalangan maut.

Katanya, dua daripadanya dipasang di laluan di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2 ) di KM 256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Cheneh dan di KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran Chukai.

Wan Ahmad Uzir berkata pihaknya tidak akan bertolak ansur kepada pengguna yang melakukan kesalahan seperti langgar lampu merah,menggunakan telefon bimbit ketika memandu, (memandu melebihi) had laju, menggunakan lorong kecemasan dan tidak memakai tali pinggang keledar.

“Pada musim perayaan ini tindakan maksimum sebanyak RM300 akan dikenakan jika dikesan melakukan kesalahan tersebut manakala RM150 dikenakan pada luar musim perayaan.

“Kita telah memberi amaran awal dengan meletakkan tanda amaran awal bagi memberikan kesedaran kepada pengguna supaya mereka lebih berhati-hati khususnya di kawasan yang kerap berlaku kemalangan.. jika mereka masih gagal mematuhi had laju yang ditetapkan mereka yang sengaja mencari masalah,” katanya.

Sementara itu dalam perkembangan berasingan Wan Ahmad Uzir berkata sebanyak 231 lokasi panas telah dikenal pasti di seluruh negara sepanjang musim perayaan ini.

Katanya daripada jumlah itu negeri Johor merekodkan kawasan panas paling tinggi iaitu 36 lokasi panas dan Batu Pahat mencatatkan jumlah kemalangan paling tinggi.

Manakala di Terengganu sebanyak 21 lokasi berisiko telah dikenal pasti antaranya di KM6- KM11 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan (Kuala Terengganu), KM98-KM114 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu (Besut) dan KM247-KM260 LPT 2 (Kemaman).

Beliau berkata pihaknya juga meneruskan Ops Penyamaran dengan meletakkan para pegawai dan anggota mereka di dalam bas ekpress pada musim perayaan ini.

“Sepanjang musim perayaan ini juga sebanyak 2,531 bas telah diperiksa dan sebanyak 136 saman atas pelbagai kesalahan seperti  tiada lesen memandu, lesen memandu tamat tempoh, tiada lesen vokasional dan kesalahan teknikal.

“Selain melakukan pemeriksaan teknikal seperti brek, tayar dan sebagainya kita turut bekerjasama dengan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bagi melakukan saringan ujian air kencing terhadap pemandu bas,” katanya. – BERNAMA

Tags: saman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

Tiga ADUN Fail Saman Cabar Keputusan Speaker Isytihar Kekosongan Kerusi

02/01/2026
0

Kangar: Setelah lama mendiamkan diri di sebalik kemelut politik yang melanda Perlis, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis secara...

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

Saman Pemula UMNO Mohon Pindah Milik Tanah Daripada Tun M, 3 Yang Lain Didengar 24 Jun

18/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 24 Jun ini untuk mendengar saman pemula difailkan UMNO bagi mendapatkan pengisytiharan supaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd