• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek Terowong: Guan Eng Didesak Perinci Bayaran

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NIBONG TEBAL – UMNO Pulau Pinang mendesak Ketua Menteri Lim Guan Eng memperincikan bayaran kepada pemegang konsesi untuk projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa empat kali ganda lebih mahal.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata pihaknya juga ingin tahu mengapa bayaran oleh kerajaan Pulau Pinang sebanyak RM177.5 juta itu dibuat lebih awal tanpa melihat kerja-kerja projek tersebut secara fizikal.

“Kita semua maklum di Pulau Pinang, kerajaan negeri dari semasa ke semasa memberitahu rakyat menjadi keutamaan dalam tindakan serta agenda kerajaan negeri, jadi UMNO mewakili rakyat inginkan penjelasan daripada Lim berhubung pembayaran awal tersebut.

“Pihak kontraktor dan konsultan projek itu telah dibayar tetapi saya difahamkan (projek terowong dasar laut) ditangguhkan hingga tahun depan jadi apa kerja mereka buat dengan bayaran yang begitu banyak?” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kuih Raya kepada anggota polis, penjara, hospital dan PLUS yang bertugas pada Hari Raya Aidilfitri nanti.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan turut memberi masa seminggu kepada kerajaan Pulau Pinang untuk memberi penjelasan berhubung isu kadar yuran perunding bagi pembinaan tiga jalan di bawah projek terowong dasar laut di negeri itu.

Zainal Abidin berkata kerajaan negeri seharusnya menggunakan khidmat Jabatan Kerja Raya (JKR) yang mempunyai kepakaran dan gaya profesional tinggi serta kemahiran dan kepakaran untuk menasihati dalam kes-kes jalan raya ataupun terowong.

“Mengapa lantik konsultan sedangkan ada JKR untuk kerja-kerja awal. Jika tidak berpuas hati dengan kerja JKR, kerajaan negeri bolehlah lantik konsultan tambahan tetapi JKR langsung tidak dilantik atau dirujuk untuk menyumbang kepakaran bagi projek itu kepada kerajaan negeri,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zainal Abidin yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Pulau Pinang mahu kerajaan negeri menjalankan siasatan dalaman dan mengambil langkah sewajarnya berhubung dakwaan berlaku penyelewengan kuota perumahan bumiputera yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.

“Kami mahu SPRM menyiasat perkara itu secara teliti dan meluas kerana isu perumahan adalah penting dan merupakan agenda utama kerajaan persekutuan untuk rakyat,” katanya.

Khamis lepas, SPRM menahan dua individu iaitu Pengarah Urusan sebuah syarikat pemaju perumahan dan Ketua Bahagian Jualan dan Pemasaran syarikat tersebut kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan pemalsuan perjanjian jual beli (S&P) unit-unit sebuah projek kondominium di Pulau Pinang.

Pengarah SPRM Negeri, Datuk Aziz Aban dilaporkan berkata kedua-duanya dipercayai terlibat dalam kegiatan pemalsuan perjanjian S&P menggunakan 20 penama sebagai pembeli kuota bumiputera bagi pembelian unit-unit kondominium di Batu Feringghi. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Zainal Abidin OsmanKetua Menteri Lim Guan EngUMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd