• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Beijing Bakal Ada Lapangan Terbang Antarabangsa Ketiga

oleh
17/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Beijing wins central approval for new international airport

BEIJING – Kerajaan Pusat China akhirnya pada hari ini bersetuju meluluskan rancangan pembinaan sebuah lagi lapangan terbang terbaharu dan ketiga untuk ibu negara Beijing yang bakal beroperasi sepenuhnya pada 2018, lapor akhbar rasmi pemerintah, China Daily.

Menurut Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan, projek 80 bilion yuan (RM45 bilion) itu terletak 46 kilometer selatan Dataran Tiananmen di daerah Daxing serta mampu menampung 72 juta penumpang menerusi 620,000 penerbangan setahun.

“Ia dijangka atasi isu kelewatan penerbangan sering dialami Beijing Capital setiap kali musim panas dan beri faedah kepada penduduk selatan Beijing yang tiada akses lapangan terbang,” kata Prof. Cao Yuncun dari Jabatan Penerbangan Awam, Universiti China.

Beijing ada dua lapangan terbang bermula Beijing Nanyuan di daerah Fengtai iaitu paling tua di China sejak 1910 tetapi saiz terminal amat kecil sebelum diganti Beijing Capital yang dibuka pada 1958, terletak 32 kilometer di utara ibu kota iaitu daerah Chaoyang.

Pemandangan dari udara struktur unik terminal ketiga lapangan terbang antarabangsa Beijing Capital yang juga antara lapangan terbang paling sibuk di dunia. – Gambar hiasan

Beijing Capital kini mengendalikan kira-kira 84 juta penumpang setiap tahun sekali gus menjadi lapangan terbang kedua paling sibuk di dunia selepas Hartsfield-Jackson di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat yang menguruskan lebih 95 juta penumpang setahun.

Lapangan terbang ketiga Beijing itu yang berkeluasan 700,000 meter persegi turut direka mampu menangani dua juta tan kargo setahun serta mengandungi 150 parkir pesawat penumpang dan 24 parkir pesawat kargo selain 14 parkir penyelenggaraan pesawat.

Projek diurus syarikat milik kerajaan, Capital Airports Holdings yang mengurus Beijing Capital juga akan dihubungkan dengan landasan kereta api laju sejauh 66 kilometer dan mengambil masa hanya 30 minit untuk tiba di pusat bandar raya Beijing. – Agensi

 

Tags: Chinalapangan terbangpesawat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

Dakwaan Hina Penduduk China: PDRM Akhirnya Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota

23/06/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuka kertas siasatan tatatertib terhadap seorang anggotanya yang dikaitkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd