• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi Khas Aidilfitri: 3 Lelaki Postif Syabu Ditahan

oleh Ahmad Albab
22/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seramai 27 orang diarah menjalani ujian air kencing sempena Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri di sini, malam tadi dan daripada jumlah itu tiga lelaki ditahan selepas didapati positif dadah.

Pegawai Antidadah Bahagian Penguatkuasa Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Perlis Selatan, Anizan Romli berkata suspek yang berusia lingkungan 21 hingga 42 tahun itu positif dadah methamphetamine dan akan didakwa mengikut Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan-RMP) 1983 pindaan 1998.

“Operasi ini anjuran bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan beberapa agensi lain yang diadakan di Behor Temak di sini malam tadi,” katanya kepada pemberita selepas operasi berakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Pengangkutan Negeri, Asmaiza Ahmad dan pemangku pengarah JPJ Perlis, Mahazir Abdul Majid turut menyertai operasi tersebut.

Asmaiza berkata operasi tersebut mencatatkan penurunan dari segi saman iaitu cuma 91 saman dikeluarkan berbanding operasi 2016, sebanyak 717 saman dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan lalu lintas.

Katanya sebanyak 2,315 kenderaan diperiksa dalam operasi tersebut. Dari jumlah itu tiga motosikal disita mengikut Seksyen 64(1) dan Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Penurunan ini mungkin menggambarkan pemandu lebih berhati-hati dan mematuhi undang-undang jalan raya. Ini ialah perkembangan baik,” katanya.

Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri itu bermula 9.30 malam dan berakhir 11.30 malam. – BERNAMA

Tags: Penagih DadahSyabu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

Pemandu MPV Rempuh Tol, Tinggal Syabu RM3.3 Juta

01/10/2025
0

PETALING JAYA - Tindakan seorang pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) melarikan diri selepas merempuh palang di Plaza Tol Damansara pada...

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan Di Tawau

28/09/2025
0

Syabu Dirampas, Tiga Buruh Tempatan Ditahan di Tawau TAWAU, 28 Sept – Polis menahan tiga buruh tempatan dalam siri operasi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd