• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Pasport Malaysia’ Jadi Rebutan Menjelang Raya

oleh Ahmad Albab
22/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMPENA kedatangan Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa hari lagi, ‘pasport Malaysia’ ini semakin mendapat perhatian.

Kanak-kanak bukan sahaja gembira bila mendapatnya, malah ia menjadi keperluan untuk orang dewasa ketika mengunjungi sanak saudara mahupun jiran tetangga.

Namun jangan keliru kerana ‘pasport Malaysia’ yang dimaksudkan bukanlah dokumen perjalanan rakyat Malaysia untuk ke luar negara, tetapi ia sebenarnya adalah sampul duit raya.

Bentuknya sama seperti kebanyakan sampul duit raya, dengan rekaan kulit hadapannya seperti pasport Malaysia dan di kulit belakang tertera perkataan ‘Dengan ingatan tulus ikhlas’ berserta nama dan logo Jabatan Imigresen.

Bagi raya kali ini, sampul duit raya ‘pasport Malaysia’ dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Johor.

Pengarah Imigresen negeri itu, Datuk Rohaizi Bahari berkata, ia dikeluarkan oleh jabatan itu sejak 2013 dan sehingga kini menjadi rebutan setiap kali menjelang Aidilfitri.

“Kami pernah mengeluarkan dua rekaan yang lain sebagai tambahan selepas itu tetapi tidak mendapat sambutan.

“Jadi, kami hanya mengekalkan satu rekaan ‘pasport Malaysia’ sahaja sehingga ke hari ini. Namun, terdapat penambahbaikan dari segi kualiti dari segi penggunaan kertas termasuk rekaan secara ‘emboss’ (cetakan timbul) berbanding dulu hanya cetakan biasa,” katanya.

‘Pasport Malaysia’ Jadi Rebutan Menjelang Raya
Sampul duit raya ‘pasport Malaysia’.

Rohaizi berkata, sempena Aidilfitri kali ini, sebanyak 7,000 keping dikeluarkan menerusi cetakan pertama dan kedua.

Sampul duit raya ‘pasport Malaysia’ yang dijual dalam setiap pek mengandungi 10 keping itu dijual pada harga RM5.

Ditanya sama pek sampul duit raya itu dijual kepada orang ramai, Rohaizi berkata, setakat ini ia dijual kepada kakitangan imigresen.

“Setakat ini, ia tidak dijual secara langsung kepada orang awam. Sampul duit raya ini bukan sahaja dibeli kakitangan imigresen di Johor malah mendapat permintaan dari cawangan negeri-negeri lain.

“Malah, ada kakitangan dari Sabah pun beli sampul duit raya ‘pasport Malaysia’ ini,” katanya sambil menambah sampul itu akan membantu orang ramai mengenali Jabatan Imigresen termasuk pasport sebagai dokumen perjalanan penting buat rakyat Malaysia.

Pasport Malaysia merupakan pasport kelima paling berkuasa di dunia, menurut kedudukan terkini Global Passport Power Rank 2017.

Malaysia berada pada kedudukan kelima bersama Ireland dan Kanada yang berkongsi mata keseluruhan Visa-Free-Score (VFS) sebanyak 155 mata.

Berdasarkan kedudukan yang diterbitkan laman web Arton Capital’s Passport Index, VFS mewakili jumlah negara bagi pemegang pasport yang boleh melawat tanpa visa atau dengan visa semasa ketibaan. – mStar Online

Tags: Imigresensampul raya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

Imigresen Bongkar Aktiviti Pelupusan e-Waste Haram, Sarang Penipuan Dalam Talian

22/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menahan 48 warga asing dalam dua serbuan berasingan di Pulau Indah, Selangor serta kawasan kediaman mewah...

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

Imigresen Serbu Acara Bola Sepak, 13 PATI Ditahan

14/01/2024
0

KUALA TERENGGANU : Sekumpulan warga asing tidak sempat menamatkan perlawanan bola sepak apabila mereka dicekup Jabatan Imigresen dalam Operasi Bersepadu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd