• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 9, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Agama Ditembak Mati Selepas Solat Tarawih

oleh AK-47
22/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI – Seorang guru agama maut manakala anak lelakinya cedera parah ditembak sekumpulan lelaki tidak dikenali di daerah Nongchik, sebuah wilayah selatan Thailand malam semalam, selepas mereka menunaikan solat Tarawih.

Kejadian yang mengorbankan Awae Taksatu, 55 dan mencederakan anaknya Atif, 12 itu berlaku di Sekolah Agama Mulniti Chumchon Islam Suksa, Kampung Pulut Puyo pada 9.35 malam waktu tempatan.

“Dalam kejadian itu isteri mangsa terselamat,” kata Penolong Ketua Bahagian Siasatan Polis Nongchik, Kapten Sarawuth Nucharang hari ini dan menambah, mangsa ditembak di bahagian kepala dan dada.

Menurut Sarawuth, lima lelaki bertopeng menunggu di luar masjid yang terletak dalam sekolah agama itu dan melepaskan tembakan yang mengenai dada mangsa ketika beliau cuba melarikan diri menyebabkannya terjatuh.

Seorang lagi penyerang melakukan tindakan susulan dengan melepaskan tembakan di bahagian kepala mangsa dan membunuhnya. – BERNAMA

Tags: ditembakGuru Agama
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

01/12/2025
0

  KLANG – Seorang lelaki India berusia 27 tahun maut selepas ditembak di hadapan rumahnya dalam kejadian mengejutkan di Taman...

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

08/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dikatakan sedang makan bersama rakannya, maut ditembak penyerang bersenjata dalam kejadian di sebuah kawasan bangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd