• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DAP P.Pinang Perlu Jelaskan Kos Lebihan RM136.4 Juta

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CYBERJAYA – Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memberi tempoh seminggu kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan berhubung kos yuran rundingan yang luar biasa atau ia akan dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kos itu membabitkan projek terowong bawah laut dan tiga jalan raya dengan jarak 10.53 kilometer.

Abdul Rahman mendakwa, bayaran kos sebanyak RM177 juta yang dibayar oleh kerajaan negeri itu adalah 400% lebih tinggi berbanding yang digazetkan oleh Lembaga Jurutera iaitu RM41 juta bagi projek terowong dan tiga jalan raya.

“Daripada data yang diperolehi, kerajaan negeri Pulau Pinang telah membayar kos empat kali ganda lebih tinggi dari paras maksimum yang dibenarkan di bawah skala yuran sudah diwartakan di mana Lembaga Jurutera telah membuat perkiraan, kadar maksimum adalah RM41,052,003.62.

DAP P.Pinang Perlu Jelaskan Kos Lebihan RM136.4 Juta

“Berdasarkan kepada jawapan dari Lembaga Jurutera Malaysia (LJM), kami percaya Kerajaan Pulau Pinang telah terlebih bayar sebanyak RM136.4 juta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Menurutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu atau berdepan dengan persepsi penyalahgunaan kuasa dan rasuah telah berlaku dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Malah katanya, jadual asal projek ketika ia ditandatangani pada akhir 2013 menunjukkan pembinaan bagi dua dari tiga jalan utama ini sepatutnya dimulakan pada 2015 dan siap sepenuhnya pada 2018.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjutan menunjukkan sehingga tarikh ini, tiada langsung pembinaan fizikal sudah dimulakan di mana-mana jalan berkenaan.

“Sejak 2015, Kerajaan Pulau Pinang memberikan pelbagai alasan terhadap kelewatan itu, termasuk kebimbangan kononnya jalan berkenaan tidak akan mampu menyalurkan limpahan hujan hinggalah kepada alasan tidak tahu siapa pemilik tanah di mana jalan berkenaan akan dibina,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Abdul Rahman DahlanDAPLim Guan EngPulau Pinang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

Projek Pengangkutan RM21 Bilion Untuk Pulau Pinang, Anthony Loke Perlu Jelaskan Agihan 13 Negeri Lain

23/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan jumlah keseluruhan projek pengangkutan yang diluluskan kepada 13 negeri lain susulan dakwaan Pulau Pinang...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd