• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPD & Pengurusan Sekolah Perlu Tangani Isu Buli

oleh Ahmad Albab
21/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERANG – Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid mahu pejabat pelajaran daerah dan pengurusan sekolah lebih proaktif dalam menangani masalah buli bagi memastikan isu itu tidak terus melarat.

Katanya ini termasuk mengadakan perbincangan dan perjumpaan dengan ketua polis daerah di kawasan masing-masing bagi mengenal pasti kawasan ‘panas’ yang mempunyai elemen buli.

“Kes buli ini bukannya berlaku di semua sekolah, dalam satu-satu daerah mungkin ada dua atau tiga sekolah.

“Pihak pengurusan sekolah perlu lebih rapat dengan polis dan sekiranya ada kes jangan takut laporkan kepada pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilftri oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian Padang Terap Datuk Ghazali Ibrahim, di sini hari ini.

Beliau berkata demikan bagi mengulas mengenai isu buli yang begitu kerap berlaku sejak kebelakangan ini termasuk kes T.Nhaveen, 18, yang maut di George Town, Pulau Pinang akibat dipukul dan didera oleh sekumpulan remaja termasuk dua pelajar sekolah.

Mahdzir turut menekankan mengenai kepentingan guru displin dan kaunselor di setiap sekolah meningkatkan kemahiran mereka dalam berdepan dan menangani pelajar yang mempunyai kecenderungan untuk membuli dan dibuli.

“Bagaimanapun saya tidak bersetuju jika guru dipersalahkan jika sesuatu kes buli berlaku. Masalah buli ini merupakan tanggungjawab bersama yang perlu diselesaikan oleh semua pihak,” katanya.

Pada majlis itu 3,200 individu dari 143 cawangan UMNO di Padang Terap menerima sumbangan berbentuk kain pelikat, beras pulut dan wang tunai. – BERNAMA

Tags: kes buliPPD
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

Kedah Catat 43 Kes Buli, 90 Kes Rogol Babitkan Pelajar Sekolah

11/01/2026
0

Alor Setar: Sebanyak 43 kes buli direkodkan di Kedah sepanjang 2025, meningkat mendadak berbanding hanya 10 kes pada 2024. Ketua...

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

‘Anak Alami Gegaran Otak Akibat Dibuli, Pelaku Tak Dikenakan Tindakan Atas Alasan Masih Bawah Umur…’ – Ibu Mangsa

18/08/2025
0

JOHOR: "Anak saya mengalami masalah gegaran otak akibat buli hingga keluarga kami berdepan pelbagai kesulitan, tetapi pelaku tidak diambil tindakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd