• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakat Putri Balqis Kini Diintai Produksi Walt Disney

oleh Ahmad Albab
18/12/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah merangkul Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014) pada 11 Disember lepas, bakat pelakon cilik Putri Balqis Azizi kini mula diberi perhatian produksi terkemuka antarabangsa.

Menurut bapanya, Azizi Aziz, 36, Pengarah Urusan Syarikat Walt Disney Asia Tenggara, Robert Gilby telah menyatakan minat beliau untuk menyunting Putri Balqis menyertai saluran berkenaan.

Memetik kenyataannya kepada portal berita MStar;

“Alhamdulillah kesabaran dan kesungguhan selama ini mula menampakkan hasil apabila kami didatangi pelbagai pihak yang ingin mempelawa terlibat dalam projek mereka.

“Selain saluran Disney, kami juga disapa beberapa penerbit filem dari Amerika Syarikat dan Australia yang meminta kami menghubungi mereka semula untuk perbincangan lanjut.”

Mengimbas kembali kejayaan Putri Balqis, namanya mula dikenali setelah membintangi telefilem berjudul Balqis arahan pengarah prolifik, Erma Fatima.

Balqis kemudiannya dijulang sebagai Pelakon Wanita Terbaik pada Anugerah Skrin (ASK) 2014 pada 11 November lalu, sebelum menggondol trofi sama di ATA2014.

Di ATA 2014 Balqis berjaya menumpaskan calon-calon hebat lain dari serata Asia, iaitu Joan Chen (Singapuran), Tien Hsin (Taiwan), Kristin Tin (Hong Kong) dan Rui En (Singapura) dan Ko Su Chin (Taiwan).

Walau bagaimanapun, menurut Azizi, dalam keterujaannya dihujani pelbagai tawaran, dia akan memastikan ia sesuai dengan anaknya serta tidak menganggu jadual pembelajaran.

“Bukan ingin bersikap ‘demand’ tetapi realitinya dia masih kecil dan saya tidak mahu dia berasa tertekan namun jika dia sanggup untuk lakukan sebarang projek tanpa mengabaikan pembelajaran saya bersikap terbuka.

Bagaimanapun, alhamdulillah biarpun masih kecil dia sangat berdikari dan tak pernah mengabaikan pelajarannya.” – MYNEWSHUB.CC

Video Mencari Nurfitri – Salah Satu Telefilem Yang Dilakonkan Putri Balqis Azizi

Tags: Anugerahpelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd