• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isa Lepas Jawatan: FGV Kembali Bernyawa!

oleh AK-47
20/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH imej FGV teruk tercemar mulai 6 Jun lalu berikutan krisis antara Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad dengan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad, FGV dilihat sebagai titik kompleksiti bagi syarikat senaraian awam tunggal berkaitan Felda.

Krisis ini juga mencalarkan imej kerajaan sebagai pemilik Felda. Malah, kedudukan Isa sebagai pengerusi diketahui dilantik Perdana Menteri.

Isu Felda mencipta persepsi. Bahawaorang politik tidak sesuai berada dalam sektor korporat yang kerajaan memiliki kepentingan. Lojiknya mudah: Orang politik punya survival politiknya sendiri.

Pengumuman PM melantik Tan Sri Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi FGV berkuatkuasa serta-merta kelmarin, diyakini sebagai tindakan matang setelah mendapat maklum balas yang lengkap.

Secara politik, kerajaan telah bertindak pantas apabila menyedari masyarakat marah dan kecewa dengan krisis FGV.

Kedua, perlantikan Sulaiman satu petunjuk, kerajaan sedar kedudukan straregik FGV tidak sesuai membabitkan ahli politik sebagai peneraju.

Isa mengumumkan perletakkan jawatannya hari ini serentak dengan keputusan PM. Pasaran saham pasti lega. Peneroka juga lega. Paling lega pelobi kempen BN menjelang PRU14. Sekiranya PM tidak bertindak pantas, FGV akan kempen BN menjelang PRU14. Sekiranya PM tidak bertindak pantas, FGV akan menjadi beban besar PRU14.

FGV turut memaklumkan: Perletakan jawatan Isa dalam semua anak-anak syarikat, syarikat-syarikat sekutu dan syarikat usahasama bagi memberi fokus kepada urusan peribadinya.

Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Samad turut melahirkan rasa lega. Shahrir antara individu yang ditemui PM untuk mendapatkan pandangan.

Syahrir nampak yakin dan lega dengan perlantikan Sulaiman:

“Jadi, ini bermakna seseorang yang ada pengalaman serta ada kaitan dengan FELDA, sekarang (dilantik) di peringkat lembaga pengarah FGV (kedudukan pemangku pengerusi,” ulas Shahrir.

“Saya berharap pengerusi baharu bertanggungjawab laksana tugas-tugas dia dalam FGV terutama proses dalaman untuk menyiasat empat pegawai FGV sebagaimana yang kita ketahui. Kini terserah kembali kepada FGV itu sendiri,” ulas Shahrir.

Walaupun krisis dianggap selesai, masyarakat masih tetap mahukan siasatan dijalankan. Ini kerana kedua-dua pihak, Isa dan Zulkifli saling mendakwa wujud rasuah dan salah laku dalam FGV.

Tuduhan memalukan ini perlu dibersihkan. SPRM perlu terus menyiasat hingga pencabul dan perogol FGV diseret dibersihkan. SPRM perlu terus menyiasat hingga pencabul dan perogol FGV diseret ke muka pengadilan.

Masyarakat hendak tahu: Benarkah Zukkifli terbabit dalam usaha melupuskan hutang milik anak syarikat?

Atau benarkah ada tangan ghaib cuba mempengaruhi pelaburan RM850 juta ke bidang perniagaan yang disifatkan pengurusan FGV sebagai tidak munasabah?

Atau lebih tragik: Apakah pelaburan besar itu mempunyai motif penyelewengan?

Lebih aneh: Kenapa FGV ghairah mahu melabur di sektor tidak menguntungkan ketika hutangnya berada pada RM4 bilion dan keupayaan tunai hanya RM1.4 bilion?

SPRM kelmarin menyatakan jaminan siasatan akan diteruskan walaupun PM mengumumkan perubahan kepimpinan. Nama-nama berkaitan akan terus mengumumkan perubahan kepimpinan. Nama-nama berkaitan akan terus disiasat.

Malah, siasatan SPRM hampir selesai dan hanya perlu memanggil beberapa individu penting yang dikaitkan, termasuk Isa. Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan pihaknya akan memanggil Isa tidak lama lagi.

Kata Azam, Isa bakal dipanggil selepas SPRM sudah memanggil 50 individu yang disenaraikan sebagai saksi untuk tindakan selanjutnya.

“Kita tidak akan tutup siasatan walaupun hari ini terdapat perubahan dalam kepimpinan tertinggi FGV,” kata Azam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FGVTan Sri Isa Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd