• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tumpahan Minyak Hampiri Kawasan Rapid Pengerang

oleh AK-47
20/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sebahagian tumpahan minyak kapal MT Putri Sea yang meletup dan karam Khamis lepas, kini menghampiri kawasan Projek Pembangunan Integrasi Kilang Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID), Pengerang.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan berkata pihak RAPID telah menggerakkan tindak balas Tier 1, dengan menggerakkan peralatan kawalan dan kakitangan untuk menangani tumpahan tersebut.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan agensi-agensi berkaitan akan meneruskan kerja-kerja pemantauan tumpahan minyak serta mengambil langkah-langkah kawalan bagi menangani kejadian itu,” katanya.

Awal pagi Khamis lepas, kapal tangki itu meletup dan karam di kedudukan 4.6 batu nautika dari Tanjung Setapa, Pengerang.

Wan Junaidi berkata pada peringkat awal siasatan pihaknya mendapati jalur minyak sepanjang satu kilometer di permukaan laut.

Pemantauan darat yang dibuat sehingga 17 Jun, mendapati tiada kesan sebarang tumpahan minyak di kawasan pantai yang berhampiran tempat kejadian sehubungan itu JAS akan meneruskan pemantauan darat untuk mengesan sebarang minyak yang mendarat di pantai.

Jawatankuasa Operasi Negeri yang dipengerusikan JAS Negeri Johor telah bermesyuarat pada Sabtu dan telah merancang tindakan-tindakan bagi mengawal tumpahan tersebut dan memastikan bahawa tiada tumpahan minyak yang sampai ke pantai, tambah kenyataan itu.

RAPID adalah projek Petronas bernilai RM60 bilion di selatan Semenanjung Malaysia yang dijangka mampu menghasilkan kapasiti pengeluaran sehingga 300,000 tong sehari penapisan minyak mentah untuk penghasilan produk petroleum seperti petrol, bahan bakar jet dan diesel bagi memenuhi keperluan pertumbuhan sektor petroleum selain untuk dieksport. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafartumpahan minyak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Pantau Perairan, Giat Kesan Tumpahan Minyak

Johor Pantau Perairan, Giat Kesan Tumpahan Minyak

21/10/2024
0

JOHOR BAHRU - Pemantauan di kawasan perairan sedang dilakukan bagi mengesan sebarang tumpuan minyak susulan kebocoran paip minyak di Pulau Bukom,...

Tumpahan Minyak Dari Singapura, Cemari Satu Kilometer Pantai Di Johor

Tumpahan Minyak Dari Singapura, Cemari Satu Kilometer Pantai Di Johor

21/06/2024
0

JOHOR BAHRU: Tumpahan minyak susulan pelanggaran kapal di Terminal Pasir Panjang, Singapura pada Jumaat lalu, dikesan mencemarkan kira-kira satu kilometer...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd