• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yakin Masa Depan FGV Cerah Selepas Penyusunan Semula

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yakin penyusunan semula ahli lembaga pengarah Felda Global Ventures Sdn Bhd (FGV) bakal memberikan masa hadapan yang cerah buat syarikat perladangan itu.

“Penyusunan semula ini mencerminkan hasrat kerajaan untuk meletakkan FGV pada landasan yang lebih kukuh dari segi urusan,” kata beliau dalam catatan terbaru dalam blog najibrazak.com hari ini.

Beliau berkata keputusan sebulat suara telah dibuat, yang menyaksikan Tan Sri Isa Samad bersetuju melepaskan jawatan sebagai Pengerusi FGV, dan melantik Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob sebagai Pemangku Pengerusi baharu berkuat kuasa serta-merta.

Berhubung siasatan ke atas FGV, Najib berkata tindakan dalaman akan diambil bagi menentukan proses keadilan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad dan tiga individu lain.

“Ingin saya tegaskan bahawa siasatan bukanlah bererti mereka bersalah, sebaliknya tindakan ini adalah sebahagian daripada prinsip tadbir urus syarikat senaraian awam, dan sesudah ia selesai, pihak Lembaga Pengarah FGV akan membuat keputusan yang seadil dan sebaik mungkin,” katanya.

Sementara itu, Zakaria dalam satu kenyataan hari ini berkata beliau akan mematuhi cadangan dalam laporan Datuk Seri Idris Jala, termasuk pelantikan Sulaiman sebagai Pemangku Pengerusi.

“Mengenai siasatan dalaman yang dimulakan oleh Tan Sri Isa Samad, saya yakin saya akan dibuktikan sebagai tidak bersalah.

“Sebab itu saya mendapatkkan khidmat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebagai peguam yang akan menguruskan perkara itu,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakFGV
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

Nama Najib ‘Hilang’ Daripada Pentas PH?

Nama Najib ‘Hilang’ Daripada Pentas PH?

15/07/2026
0

KUALA PILAH – Nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kedengaran dalam ucapan barisan pemimpin Pakatan Harapan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd